Don't cry because it's over, smile because it happened- Dr. Seuss| The Messenger of Allah SAW said: "Shall I not tell you the most in goodness of your deeds, the nicest to Your Owner, the highest in your ranks, better for you than spending gold and silver, and better for you than meeting your enemy whereupon you strike their necks and they strike your necks?" They said "Yes O' Messenger of Allah." He said: "Remembrance of Allah."| hayya a'lal fallah |Narrated Abdullah bin Umar: Allah's Apostle said, "It is not permissible for any Muslim who has something to will to stay for two nights without having his last will and testament written and kept ready with him."|

Thursday, April 25, 2013

Popia Nestum laziz.

Assalamualaikum. Bagaimana dengan iman anda hari ni? :)

as usual, bila dah pepagi bagun dan tak buat apa satu rasa macam orang bodoh je.. termenung sorang-sorang sampai keluar air liur. jadi, dengan segala usaha daya yang ada ayuhlah kita menggerakkan badan membuat kerepek.. Popia nestum laziz. actually aku macam congfius sikit. laziz ke lazizah.. nak letak ta ke tanak.. popia nestum ni laki ke pompuan ehh..

*tetiba pulak nak jadi emo dekat sini. dalam karangan arab hang tunggang langgang hang tak kesah pun.haha

senang nak mampoih buat benda ni.. pejam mata pun hampa boleh siap aih. barang-barang pun mudah gila nak dapat. dari hampa dok buat kek hat renyah-renyah tu meh hampa cuba buat hat ni.. comferm anak-anak, suami, isteri, mak, mak mertua menangis bila makan.. haha

*acewah, ayat...

Popia Nestum
1 1/2 cawan Nestum.
1/2 cawan susu tepung ATAU korang boleh guna serbuk horlicks.
1/2 cawan gula ( boleh tambah ikut suka)*
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam-(lebih kurang secunit je nak bagi rasa masin2 sikit..tak nak bubuh pun takpe

cara-cara 

1)okey, amik kulit popia potong empat segi sama besar lepas tu koyak bg jadi sehelai-sehelai depan tv. ok? depan tv sebab korang boleh buat sambil meniarap, baring, guling-guling sebab benda ni sangat lenguh.. kalau kat dapo, komfem tido.
 2) lepas tu, pegi goreng kulit popia dekat dapur.. minyak tu biar rendam kulit popia.. kalau tak tu bukan goreng yee..
3)agak-agak dah kuning keperang-perangan tu angkat. jangan biar hangit kehitam-hitaman ye.. nanti korang akan kena provokasi sebab tak pandai nak goreng popia. ingt tu.. tu maruah kite.. kih2
4) campur nestum, susu, gula then kisar sampai jadi serbuk.
5)korang tuang, campak-campak dalam popia. lepas tu gaul sampai korang puas hati.
6) siap jajan korang !

  
ihsan:google

btw, macam gambar dekat atas, popia tu dilipat. tapi aku koyak je sekeping-sekeping. sebab rasa malas sangat nak buat mcm tu. lenguh. tambahan pulak kita buat sorang-sorang kan.. 

till then. :) assalamualaikum!

Sunday, April 21, 2013

Girl's talk.

Dalam usia yang mencecah lapanbelas tahun, aku rasa tak salah untuk diri aku mencari lelaki yang sempurna buat diri aku. haha. gedik betul bunyi.

maka, isu yang akan aku bincangkan malam ini adalah berkaitan dengan lelaki idaman. perghh, pada sesiapa yang sedang menikmati air teh atau kopi, sila jangan hamburkan pada skrin laptop anda kerana bakal mengundang konspirasi kelak. boleh macam tuh? haha

al kisoh nye gini..

sedang aku menjelajah di ruang twitter, tetiba terbaca pertanyaan soerang lelaki.. bunyi soalan tu gini :

Girls, please drop your opinion, what do you wanna find in men? please describe it just in ONE word.

macam soalan spm.. ye dakk?

okay, bagi aku kalau in one word.. aku rasa sincerity. yepp, tak guna kalau diri dia tak jujur dengan perasaan dia sendiri.. 

"A lie is just a great story that somebody ruined with the truth" - Barney Stinkson

yang tu aku rasa paling penting dalam diri aku selepas aku kenal dengan mana-mana lelaki. dan sure aku akan uji kejujuran dia dengan tahap yang paling extreme.. 

itu baru sikit.. tunggu .. ada lagi..

keimanan

mana-mana perempuan pun akan letak ciri ini paling atas. termasuklah aku.. nak pulak yang penah jadi imam. suara pulak mendayu-dayu.. but,  aku lebih kepada lelaki yang moderate ke arah semua benda.. maksud aku, agama dan keseronokkan, fun. tak lebih dan tak kurang.. yelah, kang bapak aku suruh jadi imam karang mau tak tekebil-kebil mata tu.. nak tegur bini baca quran salah ke.. tahu camne nak solat sunat ke.. tahu main game farmville.. tahu camne nak install game guna cd pirate.. karang takleh pulak aku nak main game.. ye dok? hehe

secure. setia

bagi aku, lelaki ni susah nak setia. sebab mana-mana pegi pun mesti ada isu lelaki curang. actually, apa yang aku rasa isu curang ni berlaku tanpa sebab yang solid. mana tak nya, berhenti lampu isyarat merah 80 saat dekat traffic light pun sempat nak flirt bagai dengan kereta sebelah.. nak nak pulak aweksss cun kan.. 80 saat tu rase kejap sangat.. ye dok lelaki? Dah syok flirt tu, tetiba datang pulak perasaan suka. Tup tup, terus ajak couple. And for certain reason, ada gak yang curang sebab dah tak serasi dengan pasangan dia. Sebelum jadi kekasih, rasa syok. Selepas dah bersama, asyik bergaduh je. Pulak tu, masa tengah bergaduh, datang pulak gegurl comel yang layan dengan lebih sweet. Sure curang punya lah.

 

 Sebab tu la perempuan kalau boleh nak je lelaki yang setia. Bila lelaki tu ada rekod tiptop sebagai seorang yang setia, surely si gadis akan rasa secure.

romantic 

tak sangat.. geli

manly

tak kisah.. tak manly pun takpe. asal tahu tanggungjawab.. 

handsome

tak kisah.. kalau handsome macam zain saidin tu bonus la. haha

 


Yeah, tak kisah lah apa ciri-ciri jejaka  idaman. Once korang dah jatuh cinta kat dia, semua ciri-ciri idaman tu korang dah tak akan pandang. Sebabnya, bila korang suka kat someone, segala perangai dia korang akan rasakan comel.ye dok?

untungla kalau lelaki idaman aku memenuhi semua ciri di atas.. ku hanya mampu berharap.. gituhhh!












Wednesday, April 17, 2013

be strong because ...

assalamualaikum.

afiqah can do better than this. aku sebenarnya nak buat semak semula for the spm. but, when i hear apa yang mak cakap. seolah-olah macam batu hempap kepala ko. berat.

" alah, anak cikgu z (bkn nama sebenar) buat semak semula 11 subjek, satu pun tak berganjak.. lainla kalau student tu betul-betul excellent.''

hmm.. aku bukan pelajar cemerlang ka. aku yakin semua tu aku dah buat the best. aku yakin result aku bukan B+. but its A. 

kecewa.  


Friday, March 22, 2013

thanks.

terima kasih untuk semuanya.. yeah, kuatkan semangat.. cekalkan hati..

Sunday, March 17, 2013

sampai bila. dan bagaimana...

Hijrah. satu perkataan yang cukup mudah tapi besar maksudnya.

mampukah aku..

ya, aku mampu. semoga Allah permudahkan..

Friday, March 8, 2013

serabut.

act, aku dah mula rasa hidup aku tak guna seduit pun.

blog aku yang bersawang, berdebu, ibarat karpet yang mak aku hantar kedai dobi. kasut sekolah putih yang aku tak nak basuh sampai hitam sebab kotor. ibarat pinggan di sink yang tak dicuci. dan juga ibarat katil yang bersepah dengan comforter serta bantal pemilik katil yang dikongsi seramai tiga orang dan setiap sorang maksimum 3 bantal.. sepah tak?

sudah cukup sudah.. haha

dan hidup aku rasa tak berguna lagi bila...

                                            
                                                                      okay, excited!

                                                             okay. @#$#%  *bapaaaaakkkk ahhh..

                                     PESANAN: sila click pada gambar untuk pembesaran yang sihat.

kejam dok? bagi aku kejam.. sebab semua kawan aku dapat panggilan kedua.  kejam kuasa dua sebab aku nak pergi kursus bakery tapi disebabkan benda alah ni last-last aku dapat tentangan dari pengganas-pengganas yang mengatakan aku akan dapat panggilan kedua. dan aku telah dipengaruhi depa tanpa sebarang tentangan! choii~

kejam kuasa empatbelas, sebab aku jeles tengok kawan aku dah dapat sijil belajar  bakery untuk 3 bulan. dan aku masih di rumah tanpa sebarang sijil dari bonda terchenta.. apekah?

okay, moral of the story..

1) if hang dah tau apa yang hang nak, just go with it.. jangan jadi macam aku.. last-last habuk pun tarak.
2) jangan biarkan kawan anda mempengaruhi fikiran anda..

 faham? 

Wednesday, February 6, 2013

lesen kereta.

Assalamualaikum and good morning guys. Dah makan? btw, saya minum milo ais pagi ni. sejuk! :P

seriously, nightmare. :(

haha. pasai lesen keretaa. macam mimpi ngeri. wahaha

well, mula-mula tu terkinja-kinja ja bila mak cakap boleh amik lesen kereta. bila nak pegi buat untuk 6 jam kereta, tetiba macam fikir balik. are you serious afiqah? ni kereta, bukan moto. err. ok ok. kita kena series. then, bila sampai dekat pusat latihan memandu pendang. OH MY GOSH. aku kena belajar kereta. ulang sekali lagi KERETA.

nervous. NERVOUS.

sumpah, aku tak pernah bawak kereta langsung. start kereta pernah. tapi nak tekan minyak, brake, and so on. NO. tak pernah. ok, mak cakap cikgu akan ajaq. enjoy yourself. balablabla. isi borang apa semua then tunggu cikgu memandu masuk.

then, cikgu pun masuk. mula-mula lagi dah sebut pasai eksident. okey, KEMALANGAN. mati la putus kepala, otak tekeluaq. time ni dia cerita. hoihoihoi. mampukah aku. waaaaa! takot.

then cikgu tu ajaq, mana clutch, mana brake, mana minyak. tapi kan kan, rasa macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. aku tak faham satu apa pun. wiper dengan signal pun aku macam tak tau dekat mana. hah, orang lain tunjuk kanan la kiri la. aku pun macam oooooooo, okay. tapi hareem tak tau. lepas tu, cikgu suruh keluar. dia nak tunjuk mana enjin dengan cara tukar tayar. *gulp*

okay, then dia pun tunjuk la mana benda-benda tu semua dan aku pun macam ooooooooo, okay. sebab aku macam takleh nak fokus. lepas tu macam tak masuk dalam otak. rbrbrbrbrb

dipendekkan cerita, petang tu, aku kena drive sendiri. dapat cikgu memandu muda. aku pun macam okay je. harap-harap tak jadi benda pelik-pelik. masa aku nak naik kereta tu, tiba-tiba kereta yang ada atas bukit tu meluncur laju sambil berbunyi 'crrriiiinnng' lepas tu brake yang aku rasa macam brake mengejut nak mati. aku pun dah ketaq. bismillahirahmanirrahim..

cikgu tu tunjuk la mana brake semua. time ni semua benda yang cikgu tu masuk macam sedut terus dalam otak. wah! aku kalau time terdesak, memang mudah sangat masuk ilmu dalam kepala. mungkin aku fokus gila kot. okay, tepuk tangan!

 

then, masa yang ditunggu-tunggu. aku DRIVE. haha.

mula-mula tu okay, aku berjaya gerakkan kereta tanpa kereta tu mati ataupun tersenguk-sengguk. SYABAS! tapi kan kan masa kat bukit, aku buat benda yang sama macam yang aku tengok orang buat tadi sebab salah tekan brake dengan minyak. gila tak gila aku tak tau. tapi cikgu dekat sebelah aku tu macam maki dan aku tengok dia dok urut dada. maknanya kerja gila. last-last dia suruh berhenti dekat kaunter lepas tu sign. agaknya dia trauma kot. -.- sedih

lepas sign semua aku ucap terima kasih and bla bla sory.. lepas tu dia macam senyum. segih sat. yang pastinya aku 20 minit awal siap daripada kawan-kawan aku yang lain.

hari tu benda yang paling banyak aku sebut, 'oooooooooo' sambil angguk-angguk. haha



Monday, February 4, 2013

#1 memory - bahas ala parlimen

Assalamualikum w.b.t, terima kasih kepada tuan yang dipertua, barisan kerajaan, rakan-rakan perwakilan pembangkang seterusnya ahli dewan, pemimpin, pemaju negara berwawasan. *with confident

bahahaha. i just really miss the memory.

mengidam nak berbahas bersama rakan-rakan yang sangat poyo. haha. they just be very confident and kami selalu gaduh sebab masalah dunia. btw, i joined this competiton for about 2 years dan sangat awesome.!

*liyana jasmay dah kawin.

err. okay

aku just nak kongsikan tips untuk bakal-bakal pembahas. basiccally kena bersedia dari segi fizikal dan mental. jangan takut dengan provokasi yang pihak lawan serang. one tips, gunakan mata anda untuk attack musuh anda. first, ketika mereka sedang membentangkan usul. sambil menulis kesalahan or isi ka apa ka, mata tu mata. renung, tengok, jeling. yah, itu salah satu cara anda provokasi bersama mereka. berani lawan mata tu. dan mungkin akan membuatkan mereka ketaq, mengigil, takda suara and more.

*jika anda diserang atau diminta penjelasan mengenai masalah yang hampa dok bincang tapi sebenaqnya hanpa sendiri tak penah pikiaq langsung - solution : menipu, pusing tajuk, jadikan kesalahan depa sebagai hujah. time ni menunjukkan kelebihan awak sebagai pembahas. dan time ni jugak otak tu kena berfungsi. dan cara yang paling selamat dan bijak, menipu- untuk selamat kan diri awak serta rakan-rakan perwakilan awak sebab they can't help you.  jawab saja benda tu. jangan diam.


                   gigi saya besaq tapi saya bukan Timmy Turner (Fairy Oddparents). haha

*ketika rakan anda sedang bentangkan usul, tugas anda - bukan duduk goyang kaki, minum air dengan harapan tugas anda selesai. tolong catat kesalahan pihak lawan. soalan yang boleh membuatkan mereka tercengang, bukti2 yang hampa cari sebelum pertandingan yang hampa rasa boleh jatuhkan pihak lawan - waktu ni benda ni sangat-sangat penting yang boleh membuatkan juri dekat bawah tu dok usyar hampa dan mana la tau, kot-kot hampa boleh jadi 'pembahas terbaik'. haha. well, time ni jugak hang tanya kawan-kawan dekat belakang dengan sebelah apa yang depa dapat.. dan time ni jugak kalau hang diberikan tugas untuk sesi penggulungan, jangan dok enjoy sangat. buat siap-siap lepas tu pikiaq lagi apa yang patut untuk bagi group hampa menang dengan bergaya. *tolong time ni ada kerja berpasukan. jangan dok buat 'bukan kerja aku, kerja hang'. faham?

*pandai control emosi. umpama anda seorang pemimpin berkaliber, segak dan bergaya. tonjolkan kematangan. bukan sikap perongoih(loqlaq) hampa.

*pakaian hampa, takpayah dok buat kuih lapis ka bengkang ka. pakai baju rasmi pengawas. yang pengawas akan pakai setiap hari ahad ataupun ketika ada peristiwa penting. itu menunjukkan awak, bersama rakan-rakan awak sebagai satu pasukan yang segak, bergaya, kemas, cantik. salah satu cara awak provokasi pasukan lawan. dengan pakaian hampa yang segak tu pun dah boleh turunkan confident level depa. sebab awak bersama rakan-rakan awak dilihat sangat hebat, dan bergaya.

 dan album kenangan saya bersama pasukan bahas Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, sekolah kluster kecemerlangan. dan saya amat bangga kerana mereka adalah yang terbaik with all the crazy things, ngokngek things, also when the situation that was really pressure us. good things, bad thing happend. and really miss you guys. 
 

                                                                       me- kiri.

                         

                                           
                                                       *sila beri laluan. wahaha

                                                      
                                                             *ini comel :D



Thursday, January 17, 2013

dengar or LISTEN

assalamualaikum.


students yang mendengar layak dikategorikan sebagai 'lalang'.

Bawani, bukan semua students yang sama seperti awak (they just clapping their hand like main 'sik-sik boom boom'). dan i'm with you.

to the speaker, aku tak anggap dia seorang yang layak dipanggil golongan intelektual.

aku: jika aku berada di situ. just 'blah'. tak payah nak jadi lalang sebab aku tak suka dengan cara 'respect' or 'listen'. listen. listen. listen.listen (sebut sampai infinity)

kita tak sama dengan binatang.

lembu

ikan josh

or jerung

dan burung ak ak ak *bunyi sambil mengepak.


dan,

''do not belive in everything you 'listen' or heard or see or read because i'm tired of people spreading lies.''