maka, isu yang akan aku bincangkan malam ini adalah berkaitan dengan lelaki idaman. perghh, pada sesiapa yang sedang menikmati air teh atau kopi, sila jangan hamburkan pada skrin laptop anda kerana bakal mengundang konspirasi kelak. boleh macam tuh? haha
al kisoh nye gini..
sedang aku menjelajah di ruang twitter, tetiba terbaca pertanyaan soerang lelaki.. bunyi soalan tu gini :
Girls, please drop your opinion, what do you wanna find in men? please describe it just in ONE word.
macam soalan spm.. ye dakk?
okay, bagi aku kalau in one word.. aku rasa sincerity. yepp, tak guna kalau diri dia tak jujur dengan perasaan dia sendiri..
"A lie is just a great story that somebody ruined with the truth" - Barney Stinkson
yang tu aku rasa paling penting dalam diri aku selepas aku kenal dengan mana-mana lelaki. dan sure aku akan uji kejujuran dia dengan tahap yang paling extreme..
itu baru sikit.. tunggu .. ada lagi..
keimanan
mana-mana perempuan pun akan letak ciri ini paling atas. termasuklah aku.. nak pulak yang penah jadi imam. suara pulak mendayu-dayu.. but, aku lebih kepada lelaki yang moderate ke arah semua benda.. maksud aku, agama dan keseronokkan, fun. tak lebih dan tak kurang.. yelah, kang bapak aku suruh jadi imam karang mau tak tekebil-kebil mata tu.. nak tegur bini baca quran salah ke.. tahu camne nak solat sunat ke.. tahu main game farmville.. tahu camne nak install game guna cd pirate.. karang takleh pulak aku nak main game.. ye dok? hehe
secure. setia
bagi aku, lelaki ni susah nak setia. sebab mana-mana pegi pun mesti ada isu lelaki curang. actually, apa yang aku rasa isu curang ni berlaku tanpa sebab yang solid. mana tak nya, berhenti lampu isyarat merah 80 saat dekat traffic light pun sempat nak flirt bagai dengan kereta sebelah.. nak nak pulak aweksss cun kan.. 80 saat tu rase kejap sangat.. ye dok lelaki? Dah syok flirt tu, tetiba datang
pulak perasaan suka. Tup tup, terus ajak couple. And for certain reason,
ada gak yang curang sebab dah tak serasi dengan pasangan dia. Sebelum
jadi kekasih, rasa syok. Selepas dah bersama, asyik bergaduh je. Pulak
tu, masa tengah bergaduh, datang pulak gegurl comel yang layan dengan
lebih sweet. Sure curang punya lah.
Sebab tu la perempuan kalau boleh nak je lelaki yang setia. Bila lelaki
tu ada rekod tiptop sebagai seorang yang setia, surely si gadis akan rasa
secure.
romantic
tak sangat.. geli
manly
tak kisah.. tak manly pun takpe. asal tahu tanggungjawab..
handsome
tak kisah.. kalau handsome macam zain saidin tu bonus la. haha
Yeah, tak kisah lah apa
ciri-ciri jejaka idaman. Once korang dah jatuh cinta kat
dia, semua ciri-ciri idaman tu korang dah tak akan pandang. Sebabnya,
bila korang suka kat someone, segala perangai dia korang akan rasakan
comel.ye dok?
untungla kalau lelaki idaman aku memenuhi semua ciri di atas.. ku hanya mampu berharap.. gituhhh!
No comments:
Post a Comment
Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D