buat jiwa yang telah terkeliru.
usrah itu bukan aktiviti yang ekstrim.
bukan juga pakatan untuk jatuhkan pihak atasan,
tapi untuk mendidik jiwa mengenal tuhan.
mendidik jiwa sebagai hamba.
buat jiwa yang terkeliru,
berpurdah itu bukan ingin mencabar,
bukan juga ingin mengaku wara',
tetapi ingin menjaga diri,
biar mahal pada pandangan manusia,
juga tuhan.
buat jiwa yang sakit,
andai benar peraturan itu berpaksikan tuhan,
mengapa sukar diberikan peluang manusia melakukan kebaikan.
mengapa yang salah tidak ditegur.
mengapa yang benar ditegur berkali-kali.
sungguh, islam itu datangnya dalam keadaan terasing.
dan kini,
kembali asing buat penduduk bumi.
No comments:
Post a Comment
Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D