tengah-tengah study pukul dua tiga pagi. tiba-tiba terdetik dalam hati.
"aku belajar ni untuk siapa.. "
"lillahitaala?"
"selama ni betul aku belajar kerana lillahitaala? atau cuma kepentingan diri. atau sebab terpaksa?"
"worth tak kalau aku belajar tapi tak niat untuk bantu agama Allah?"
Dua Perkara
pertama, andai niat di hati untuk kepentingan diri, apabila kamu belajar bersungguh-sungguh sampai lebam tapi result tak berapa okay kamu akan salahkan takdir. kamu akan "down" dan menangis sampai berhari-hari. which kamu akan rasa usaha kamu selama ini useless.
kedua. bila berniat kerana Allah. kamu belajar bersungguh-sungguh. tapi result kamu tak okay. aku amat yakin dan percaya ada sesuatu perasaan semangat dalam diri kamu. yakni; perasaan memujuk diri agar tidak terlalu kecewa. husnudzon. serta berlapang dada.
- mungkin Allah menangguhkan kejayaan, agar kamu redha dan usaha tanpa henti.
- mungkin Allah menguji, agar kamu mengerti penat lelah dan manisnya apabila berilmu di kemudian hari.
- mungkin Allah menegur, ada sesuatu yang tidak baik yang kamu lakukan pada setiap hari.
- mungkin Allah menyelamatkan kamu dari perasaan mazmumah.
- mungkin Allah berikan kamu sesuatu yang lebih baik!
atas kesedaran diri masing-masing. bermonolog dalam diri sendiri saat semua insan dibuai mimpi. wujudkan "passion" ingin meneroka ilmu Allah yang luasnya tiada! wujudkan semangat untuk memanfaatkan setiap ilmu yang ada.
belajar tetap belajar.
penuhilah hari-hari dengan ibadah.
No comments:
Post a Comment
Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D