Don't cry because it's over, smile because it happened- Dr. Seuss| The Messenger of Allah SAW said: "Shall I not tell you the most in goodness of your deeds, the nicest to Your Owner, the highest in your ranks, better for you than spending gold and silver, and better for you than meeting your enemy whereupon you strike their necks and they strike your necks?" They said "Yes O' Messenger of Allah." He said: "Remembrance of Allah."| hayya a'lal fallah |Narrated Abdullah bin Umar: Allah's Apostle said, "It is not permissible for any Muslim who has something to will to stay for two nights without having his last will and testament written and kept ready with him."|

Wednesday, February 6, 2013

lesen kereta.

Assalamualaikum and good morning guys. Dah makan? btw, saya minum milo ais pagi ni. sejuk! :P

seriously, nightmare. :(

haha. pasai lesen keretaa. macam mimpi ngeri. wahaha

well, mula-mula tu terkinja-kinja ja bila mak cakap boleh amik lesen kereta. bila nak pegi buat untuk 6 jam kereta, tetiba macam fikir balik. are you serious afiqah? ni kereta, bukan moto. err. ok ok. kita kena series. then, bila sampai dekat pusat latihan memandu pendang. OH MY GOSH. aku kena belajar kereta. ulang sekali lagi KERETA.

nervous. NERVOUS.

sumpah, aku tak pernah bawak kereta langsung. start kereta pernah. tapi nak tekan minyak, brake, and so on. NO. tak pernah. ok, mak cakap cikgu akan ajaq. enjoy yourself. balablabla. isi borang apa semua then tunggu cikgu memandu masuk.

then, cikgu pun masuk. mula-mula lagi dah sebut pasai eksident. okey, KEMALANGAN. mati la putus kepala, otak tekeluaq. time ni dia cerita. hoihoihoi. mampukah aku. waaaaa! takot.

then cikgu tu ajaq, mana clutch, mana brake, mana minyak. tapi kan kan, rasa macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. aku tak faham satu apa pun. wiper dengan signal pun aku macam tak tau dekat mana. hah, orang lain tunjuk kanan la kiri la. aku pun macam oooooooo, okay. tapi hareem tak tau. lepas tu, cikgu suruh keluar. dia nak tunjuk mana enjin dengan cara tukar tayar. *gulp*

okay, then dia pun tunjuk la mana benda-benda tu semua dan aku pun macam ooooooooo, okay. sebab aku macam takleh nak fokus. lepas tu macam tak masuk dalam otak. rbrbrbrbrb

dipendekkan cerita, petang tu, aku kena drive sendiri. dapat cikgu memandu muda. aku pun macam okay je. harap-harap tak jadi benda pelik-pelik. masa aku nak naik kereta tu, tiba-tiba kereta yang ada atas bukit tu meluncur laju sambil berbunyi 'crrriiiinnng' lepas tu brake yang aku rasa macam brake mengejut nak mati. aku pun dah ketaq. bismillahirahmanirrahim..

cikgu tu tunjuk la mana brake semua. time ni semua benda yang cikgu tu masuk macam sedut terus dalam otak. wah! aku kalau time terdesak, memang mudah sangat masuk ilmu dalam kepala. mungkin aku fokus gila kot. okay, tepuk tangan!

 

then, masa yang ditunggu-tunggu. aku DRIVE. haha.

mula-mula tu okay, aku berjaya gerakkan kereta tanpa kereta tu mati ataupun tersenguk-sengguk. SYABAS! tapi kan kan masa kat bukit, aku buat benda yang sama macam yang aku tengok orang buat tadi sebab salah tekan brake dengan minyak. gila tak gila aku tak tau. tapi cikgu dekat sebelah aku tu macam maki dan aku tengok dia dok urut dada. maknanya kerja gila. last-last dia suruh berhenti dekat kaunter lepas tu sign. agaknya dia trauma kot. -.- sedih

lepas sign semua aku ucap terima kasih and bla bla sory.. lepas tu dia macam senyum. segih sat. yang pastinya aku 20 minit awal siap daripada kawan-kawan aku yang lain.

hari tu benda yang paling banyak aku sebut, 'oooooooooo' sambil angguk-angguk. haha



Monday, February 4, 2013

#1 memory - bahas ala parlimen

Assalamualikum w.b.t, terima kasih kepada tuan yang dipertua, barisan kerajaan, rakan-rakan perwakilan pembangkang seterusnya ahli dewan, pemimpin, pemaju negara berwawasan. *with confident

bahahaha. i just really miss the memory.

mengidam nak berbahas bersama rakan-rakan yang sangat poyo. haha. they just be very confident and kami selalu gaduh sebab masalah dunia. btw, i joined this competiton for about 2 years dan sangat awesome.!

*liyana jasmay dah kawin.

err. okay

aku just nak kongsikan tips untuk bakal-bakal pembahas. basiccally kena bersedia dari segi fizikal dan mental. jangan takut dengan provokasi yang pihak lawan serang. one tips, gunakan mata anda untuk attack musuh anda. first, ketika mereka sedang membentangkan usul. sambil menulis kesalahan or isi ka apa ka, mata tu mata. renung, tengok, jeling. yah, itu salah satu cara anda provokasi bersama mereka. berani lawan mata tu. dan mungkin akan membuatkan mereka ketaq, mengigil, takda suara and more.

*jika anda diserang atau diminta penjelasan mengenai masalah yang hampa dok bincang tapi sebenaqnya hanpa sendiri tak penah pikiaq langsung - solution : menipu, pusing tajuk, jadikan kesalahan depa sebagai hujah. time ni menunjukkan kelebihan awak sebagai pembahas. dan time ni jugak otak tu kena berfungsi. dan cara yang paling selamat dan bijak, menipu- untuk selamat kan diri awak serta rakan-rakan perwakilan awak sebab they can't help you.  jawab saja benda tu. jangan diam.


                   gigi saya besaq tapi saya bukan Timmy Turner (Fairy Oddparents). haha

*ketika rakan anda sedang bentangkan usul, tugas anda - bukan duduk goyang kaki, minum air dengan harapan tugas anda selesai. tolong catat kesalahan pihak lawan. soalan yang boleh membuatkan mereka tercengang, bukti2 yang hampa cari sebelum pertandingan yang hampa rasa boleh jatuhkan pihak lawan - waktu ni benda ni sangat-sangat penting yang boleh membuatkan juri dekat bawah tu dok usyar hampa dan mana la tau, kot-kot hampa boleh jadi 'pembahas terbaik'. haha. well, time ni jugak hang tanya kawan-kawan dekat belakang dengan sebelah apa yang depa dapat.. dan time ni jugak kalau hang diberikan tugas untuk sesi penggulungan, jangan dok enjoy sangat. buat siap-siap lepas tu pikiaq lagi apa yang patut untuk bagi group hampa menang dengan bergaya. *tolong time ni ada kerja berpasukan. jangan dok buat 'bukan kerja aku, kerja hang'. faham?

*pandai control emosi. umpama anda seorang pemimpin berkaliber, segak dan bergaya. tonjolkan kematangan. bukan sikap perongoih(loqlaq) hampa.

*pakaian hampa, takpayah dok buat kuih lapis ka bengkang ka. pakai baju rasmi pengawas. yang pengawas akan pakai setiap hari ahad ataupun ketika ada peristiwa penting. itu menunjukkan awak, bersama rakan-rakan awak sebagai satu pasukan yang segak, bergaya, kemas, cantik. salah satu cara awak provokasi pasukan lawan. dengan pakaian hampa yang segak tu pun dah boleh turunkan confident level depa. sebab awak bersama rakan-rakan awak dilihat sangat hebat, dan bergaya.

 dan album kenangan saya bersama pasukan bahas Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, sekolah kluster kecemerlangan. dan saya amat bangga kerana mereka adalah yang terbaik with all the crazy things, ngokngek things, also when the situation that was really pressure us. good things, bad thing happend. and really miss you guys. 
 

                                                                       me- kiri.

                         

                                           
                                                       *sila beri laluan. wahaha

                                                      
                                                             *ini comel :D