Don't cry because it's over, smile because it happened- Dr. Seuss| The Messenger of Allah SAW said: "Shall I not tell you the most in goodness of your deeds, the nicest to Your Owner, the highest in your ranks, better for you than spending gold and silver, and better for you than meeting your enemy whereupon you strike their necks and they strike your necks?" They said "Yes O' Messenger of Allah." He said: "Remembrance of Allah."| hayya a'lal fallah |Narrated Abdullah bin Umar: Allah's Apostle said, "It is not permissible for any Muslim who has something to will to stay for two nights without having his last will and testament written and kept ready with him."|

Sunday, August 31, 2014

semua kerana-Mu ya Allah. :)

Permudahkan segalanya ya Allah. Kuatkan hati ini tika tak mampu melangkah. Hadirkn sahbat yang dapat membantu diri ini. Saat perjalanan adalah pencarian diri. Jadilah bunga yang mahal. Jadilah diri seperti mujahidah nusaibah. Benteng kepada agama dan rasulullah. Perluaskan ilmu. Amin ya Allah.

Tuesday, August 26, 2014

menjemput bidadari

bila-dokter-rajin-nak-bertouching-dengan-engineer-cam-terharu-pulok.

''kaahh, hang dengaq lagu ni. sesuai dengan hang"

"lagu apa weeehhh..hehe "

"sat-sat, aku sent.."

heeh. menjemput bidadari.

cam lawak. sebab aku kenal hang bukan jenis jiwang.

hati kental.

tetiba hantar lagu cenii.

bagi aku so sawwiit. hekhek


Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu

Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

feeling motivate. smile smile smile!

Monday, August 25, 2014

luahan hati seorang pendosa

Sungguh Perasaan apakah ini Hati yang dibolak balikkan Hati yang mahukan kebebasan Hati yang sering meronta Sungguh. Dunia ini kejam Aku hanya benci melihat Namun, tiada tindakan Tiada pergerakkan Untuk tunjuk aku benci. Bangun. Kau harus bangun. Besarkan diri dan jiwa. Agar kau mampu berdiri. Love, pendosa.

Sunday, August 24, 2014

ajari aku cara melihat dunia.

bismillah walhamdulillah.

sungguh aku kongfius. kongfius dengan perasaan aku sendiri.
benarkah cara aku mentafsir dunia.
atau hanya sekadar melihat pada pandangan kasar.

--------------------------

aku melihat seorang ibu yang sakit. tiada anak yang menjaga.
sudah pasti aku menyalahi si anak.
kerana tidak menjaga ibu yang sedang sakit.

namun, aku terlupa bahawa si anak turut mempunya tugas.
tugas kepada keluarga yang kematian suami.

si ibu terbiar.

si anak keletihan menunaikan tanggungjawab.

----------------------

cerita kedua.

mak bercerita perihal anak muridnya.
sudahnya diajar berkali-kali, masih lagi tidak mampu faham.

mak pasrah. katanya mungkin salahnya.

atau, anak murid yang kurang usahanya?

---------------------

sungguh. ajar aku cara melihat dunia. kerna, aku tak mahu kejam mentafsir hidup.

Saturday, August 23, 2014

awak suka someone aeh?

Felt the need to spread the word.

Bismillahirrahmanirahim.

terasa keperluan dalam memberi semangat untuk semua orang. termasuk diri sendiri. ehekss.

kau stalk dia eh?

kau suka dia ek?

ha, kau tengok ape tuh, sah. kau usyar dia eh?

lumrah. kehidupan remaja sememangnya begitu. sama ada perbuatan tu orang perasan atau tak. menimbulkan perasaan yang kadang-kadang kita tak jujur pada diri sendiri. kita lebihkan cinta manusia daripada cinta kepada pencipta. kejam betul diri kita. 

*nangis.

memandangkan ada sahabat meminta diri untuk menulis. special request mengenai tajuk ini. haha. i'm trying to give my best.

saya letakkan diri saya dalam dua kategori bila berada dalam masalah ini. pertama, suka atas dasar apa. kedua, adakah ini sekadar infatuation (kegilaan). 

Jatuh cinta kepada lawan jenis, dari segi jatuh cinta itu sendiri bukanlah aib dan juga bukan dosa. Jatuh cinta adalah hal yang manusiawi dan menjadi naluri yang ada secara alamiah pada setiap manusia normal. cuma, adakah perasaan itu benar-benar suka. atau tipu cuma?

first, suka atas dasar apa? hanya untuk cakap aku dah ade gf/bf? atau buat isi kekosongan hati. buat sembang malam-malam? tanya balik diri sendiri. kalau rasa sekadar nak suka-suka tu tak payah kot. sebab nanti diri sendiri jugak kecewa. lagi satu, dalam islam takdenye istilah kaplekaple nih. kalau kecintaan awak, awak letakkan Allah nombor satu, saya yakin dan percaya awak takkan tertipu dengan perasaan cheenta yang sementara ni. bahkan, awak akan cuba untuk tafsirkan perasaan ni dengan cara yang halal right?

bak kata kakak usrah "adik nak ke Allah tak redha dengan adik selama adik kaple? lepastu tetiba adik habis umur, adik tak rase nyesal ke? " 

sentap adikk.

second, sekadar infatuation? yang ni lagi bagus kalau diri sendiri tahu dan rasa dia bukannya letak 100% harapan dekat orang. dan mungkin perasaan tak serius akan menebal bila diri dah sedar benda tu sekadar kegilaan dan takde cita-cita pun nak bina masjid. 

ceh.. bina masjid. *gelak guling-guling

dan bagaimana kalau hati benar-benar serius walhal umur baru 19? 

*teringat kene hentam teruk haritu dengan someone sampai sekarang rase nak tercabut jantung

bak kate cikgu saya "hati ni milik Allah, Allah yang menggerakkan hati manusia. banyakkan berdoa. kita tak tahu apa yang Allah rancang."

simple, ringkas dan padat. kuncinye doa. Allah takkan biarkan tangan hamba yang meminta tu kosong. at least, mungkin kita  rasa tak terbeban dengan perasaan tu.

seandainya tak ada jodoh dengan lelaki yang kita suka tu..terimalah hati dengan ikhlas dan "set mind" siap-siap.. "InsyaAllah ada lelaki yang lebih baik darinya untuk aku dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah swt."


cuma, jangan sampai perasaan cinta yang fitrah tu bertukar jadi fitnah sebab perbuatan kita. ingat benda ni sampai mati. dan kalau nak gatai jugak tulis besar-besar dekat dinding atau atas dahi sendiri "ingat Allah. hang tu esok dah nak mati. pikiaq hat ni dulu.."

wallahua'lam. 

 *entry paling gatai penah saya tulis

Thursday, August 21, 2014

awak dah kahfi?

selalu kakak-kakak usrah ingatkan suruh bace kahfi. walhal diri sendiri pun susah jugak nak istiqamahkan bacaan.

*nangis.

hakikat manusia. benda yang baik itulah malas nak buat. tambah pulak tak nampak balasan kan.

kenapa kita kena baca surah Al-Kahfi eah?

kalau awak awak nak tahu, kahfi ni boleh elakkan kita dari fitnah Dajjal.

tapi dalam surah ni takde pong sebut pasal dajjal.

okeyokey. gini kisahnye.

ada empat kisah besar dalam surah ni.

first, ashabul kahfi.
kedua, pemilik dua taman.
ketiga, kisah nabi musa dan nabi khiddir.
last, kisah iskandar dzulkarnain.

 

dan dalam kisah-kisah ni, kita HIGHLIGHT kan fitnah yakni ujian yang tersendiri.

kisah pertama, ashabulkahfi. (fitnah iman)
 Ujian bila manusia berada dalam satu masyarakat yang anggotanya tidak mahu mentauhidkan Allah, pencipta langit dan bumi, apakah mereka akan mengikut masyarakat yang berpaling daripada Allah? Atau mempertahankan akidah mereka?

kisah kedua, pemilik dua taman (fitnah harta)
Ujian bila manusia dikurniakan dgn harta duniawi, apakah hati mereka akan menjadi gelap daripada mengingati Allah dan kehidupan ukhrawi? Atau menyalurkan harta mereka demi Allah dan agamaNya?

kisah ketiga, nabi musa dan nabi khiddir. (fitnah ilmu)
 Ujian bila manusia dikurniakan ilmu atau pengetahuan mengenai sesuatu, apakah dia mengira bahawa tiada yang lebih mengetahui melainkan dia? Ataukah dia memahami bahawa sesungguhnya tiada yang lebih mengetahui melainkan Allah?

dan lastly, kisah iskandar dzulkarnain. (fitnah kuasa)
Ujian bila manusia diberikan kuasa (pemimpin), apakah dia mengira dia boleh melakukan sesuka hati di muka bumi Allah? Ataukah dia menjadi pemimpin yang menggunakan kuasanya ke arah membantu agama Allah?


dan saya pasti dan yakin pasti kamu tanya apa kaitannya kan?

datangnya Dajjal, membawa fitnah yang amat besar untuk ummat manusia. meliputi keseluruhan fitnah diatas. (harta,ilmu,kuasa,iman)

Allah pesan awal-awal dekat kita. untuk kita prepare. untuk kita tahu kelemahan diri kita. fitnah dajjal adalah fitnah yang amat hebat. bukan sekadar membawa syurga neraka. bukan sekadar kita lapar dan dahaga, bukan juga menghidupkan insan yang sudah mati. 

bahkan yang tersembunyi seperti di atas.

jadi awak. esok kahfi ye. :)
 

Wednesday, August 20, 2014

saya kunang-kunang yang cantik. eheeeekss

teringat suatu ketika dahulu. pernah membaca satu blog yang menceritakan perihal mengenai 'kalkatu' yang mengumpamakan 'kalkatu' itu sebagai  wanita. atau perempuan.

kalau tidak silap katanya, "Kita patut fikir risau tengok keadaan sekarang yang mana perempuan-perempuan suka sangat keluar pada waktu malam tanpa mahramnya” Sambungannya “Perempuan yang keluar malam ni ibarat kalkatu yang pada mulanya ada sayap dan akhirnya melepaskan sayapnya”

bergetar hati saya ketika membaca. bukan apa, bimbang dipandang agak keterlaluan. bimbang juga diri diambang fitnah.

mesti korang fikir, kenapa perempuan itu digelar sebagai 'kalkatu'? saya pun still cuba nak faham. dan ambil ibrah dari setiap yang ditulis. mungkin lebih menjaga diri sendiri agar terpelihara jiwa.

cuma, kita cuba untuk beralih kepada kunang-kunang. yang cantik. yang memberi cahaya ketika malam. macam pelita.


haa, indah kan?

begitulah wanita, setiap yang ada pada diri perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.

bagaimana untuk menjadi kunang-kunang yang cantik? yang menerangi kegelapan?

Sebagai muslimah kita perlu memilih untuk menjaga ketegasan diri. Tegas yang macam mana? Tegas yang dimaksudkan adalah tegas dalam peribadi. jika merasa diri bukan muslimah, maka tegaskan hati untuk memilih sebagai muslimah yang dianggapnya itu. Harus tegas dalam pergaulan sama ada di laman sosial atau juga di alam sebenar. Tegas tidak ingin mengundang fitnah. Risau dan takut dan peduli ada hati-hati yang akan terjatuh cinta. Juga khuatir seandainya jika dia tidak tegas, agamanya akan terconteng. Bimbang agamanya mendapat malu dek kelakuannya. Saya amat gemar akan kata-kata ustaz Hazrizal Abdul Jamil ini yang berbunyi:

GADIS SEMASA ADALAH GADIS YANG HIDUP DIERA FITNAH DAJJAL. JUSTERU, ZAMAN MEMERLUKAN BUKAN WANITA LEMAH LEMBUT, SOPAN LONGLAI YANG ‘JINAK’.
KITA MEMERLUKAN GADIS SEMASA YANG PENDIRIANNYA TEGUH. TETAPI KEYAKINAN DAN TEGUHNYA DIA TIDAK SAMPAI TAASUB. KITA MEMERLUKAN GADIS SEMASA YANG PEMBAWAANNYA DEGIL TETAPI DEGILNYA TIDAK SAMPAI TIDAK BOLEH DIAJAR JATI DIRINYA TEPAT DENGAN PERTIMBANGAN SEMASA, DIATAS NERACA AL-QURAN, AL-SUNNAH SERTA FITRAH KEMANUSIAAN YANG DIPERKASA.

 -----------------------------------------------------
pendapat diri.

 Muslimah perlu tegas pada diri dan juga persekitarannya. Prinsipnya teguh dan meletakkan dirinya diwasilah yang tinggi yang mana mahu menjadi muslimah sejati. Bukan muslimah yang comel, muslimah yang ayu juga muslimah yang manja tapi MUSLIMAH SEJATI kerana muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di tepi jalan atau laman sosial tetapi dilihat dari kekhuatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda. Sebagai muslimah , kita perlu letakkan persoalan ini dalam diri kita masing-masing "muslimah sejatikah aku?", Insya Allah hanya kamu dan Allah tahu diri kamu.


inilah yang cuba untuk disampaikan. 

mari menjadi kunang-kunang yang cantik. ^^ biar bidadari sorrrgaa jeles. :)
 
 

ke mana kah saya?



haa, tudiaa. pintu gerbang UniMAP baqhangg. 

insyaAllah, dah tak sampai 2minggu je lagi nak jejak kaki dekat sini. perasaan bercampur baur ekceli. setelah berhempas pulas bangkit dan telan segala kesusahan, akhirnya boleh jugak ye sambung degree. 

walaupun pada asalnya cita-cita saya 5tahun dulu nak sambung degree dekat oversea (kononya) tapi realiti yang sekarang  jarak antara rumah dan u dekatnye bukan main. dan pada masa yang sama, still ikut jalan changlun. ngehngeh

ni library. can't wait nak explore apa ada dalam tu. hehe. tempat study dekat dalam library yang nampak selesa sangat.

serius. tempat yang saya suka lepak cenggini punya cantik. memang tak pegi mana dah la. duduk mengadap bukubukubukunovelnovel.. hehe
tempat belajar. fakulti kejuruteraan komputer.
 


ada litar go-cart. dekat dalam kampus rasanya.









 
bas unimap.


  
                                                         kampus yang still baru lagi.


 
                                                                   bilik nye camni?



ni senior cakap pantris/kitchen

apa-apa pun. ni bakal perjalanan hidup. stay strong. :)



Tuesday, August 19, 2014

kekuatan

aku mengalami zaman kejatuhan. zaman kejatuhan yang amat hebat. sampai aku tak mampu nak bercakap apa-apa.

sampai aku menangis. menangis yang aku tak tahu nak cakap camne. yang mata memang bengkak. sebab kecewa dengan diri sendiri.

mungkin semua orang ingat aku student yang excellent. tapi orang tak pernah nampak aku trying harder untuk jadi sehebat kembar aku. aku menangis bila ada orang bandingkan aku. sebab aku kadang-kadang tak capai target. biasalah. aku ni jenis banyak main. banyak lagha nye. tapi bila waktu fokus, aku fokus. main-main aku ni takyah cakap. kreatif terlebih kreatif. sampai mak abah pun macam tak larat nak layan. sebab banyak sangat putaq belit.

keputusan spm aku. 2A je. aku tak cakap aku bangga. tapi keputusan tu la yang orang sering sebut. sebab result kembar aku straight's A. 2A yang 9 lagi subject B dan B+. apa kau rasa pada saat dan ketika tu?

kau rasa down?  ya, pada ketika tu, aku tersangat down. aku rasa macam tak mampu nak jejak kaki dekat matrik/universiti.

sampai satu saat, kau rasa lost. sebab desakan family yang sangat tinggi. plus, desakan makcik, pakcik serta orang-orang luar yang anggap kau tak mampu nak carry subject cenggitu even diorang tak sedar yang anak diorang yang spm pun menuntut dengan aku sekarang.

cuma, masa tu aku tak nampak peluang. aku tak nampak kekuatan yang aku cuba cari. aku tak nampak ruang dan peluang.

sekarang. aku rasa aku perlu terima kasih dengan kegagalan yang aku tempuh. sebab aku jadi orang yang sangat kuat. aku jadi orang yang berani. aku jadi orang yang tak mudah mengalah. dan pada saat ni, aku patut sedar dari dulu. puaskan hati orang tak bermakna hati aku turut puas.

aku tak beri peluang untuk diri aku explore. yang aku tahu jadi macam kakak. kesilapan yang aku buat.

Allah berikan kegagalan untuk aku, pada usia yang sangat muda. untuk aku belajar, untuk aku sedar, untuk aku terus bangun dan menjadi manusia hebat. bukan mengeluh dan terus mengalah. untuk aku hiraukan segala dugaan kecil mencari kejayaan yang besar.

dia juga pernah mengalami kegagalan seperti aku.

aku juga berhak untuk jadi seperti dia. :)

istilah yang selalu orang salah guna.

rasa macam nak betulkan balik mindset orang-orang Malaysia yang selalu salah tafsir perkataan.

yang membuatkan aku rasa pening bila istilah tu maknanya lain. dan tanggapan orang Malaysia (orang kite) pulak lain.

trying to make this blog more useful and bermaklumat.

ok. pernah dengar dialog-dialog orang-orang kita yang cakapnya gini.

ali : aku ingat nak pergi masjid.
abu: kau tak payah nak alim sangat lahh.

first, Alim. alim ni sebenarnya bermaksud yang mengetahui. dan sebab tu kalau untuk cikgu- muallim/mualimah (perempuan). kalau dekat negara arab, orang yang tak belajar agame pun dipanggil alim. sebab maksud alim ni mengetahui. jadi, kalau nak gelarkan elbert einstain sebagai alim pun boleh. sebab makne alim ni mengetahui. 

tetiba rasa macam elbert enitain macam belajar agama kan.. ehekss

haa, lagi satu klu. perkataan arab ni dia berkaitan antara satu sama lain. contohnya gini, alim- ain-lam-mim. membentuk perkataan alim. kalau tambah mim di depan jadi muallim. maknanya cikgu. 

second, thiqah

senah: maafla, ana nak jage thiqah ana.

dalam konsep ni, thiqah ni maknenya 'orang yang dipercayai'. tapi konsep kita mungkin kita anggap thiqah ni lebih kepada konsep alim tadi. orang yang hebat dalam agama. tapi tidak ye. thiqah is kepercayaan. jadi, kalau kita mempercayai orang-orang yang disekeliling kita, itulah thiqah sebenarnye. 

ok, clear?

move on untuk yang ketiga, dai'e.Muslim yang menyebarkan dakwah dan risalah Rasulullah. yang melakukan Amar Ma'ruf nahi Munkar. selalunya perkataan ni tak disalah guna sangat. dan mindset orang kita betul dengan maksudnya.

keempat. warak. warak - menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. yang ni kita selalu je sebut bila nampak orang tu yang dah ade tanda hitam dekat dahi. ataupun yang selalu pergi masjid. sebenarnye salah tu. kalau kita tak buat perkara yang dilarang pun dah kira warak. 

so, lepas ni. kalau tak buat benda yang dilarang oleh Allah. anda adalah orang yang warak ! *tepuk tangan

sebenarnya, saya kongsikan ni sebab ada orang yang tak tahan digelar panggilan-panggilan cam gini. kononnye macam extreme. bagi saya tak pun. sebab saya faham apa makne perkataan tu. dan selalunya mindset orang kita yang buatkan perkataan tu nampak complicated. 

kalau dekat negara arab, pemandu teksi pun kita panggil muallim tahu? sebab dia adalah orang yang mengetahui tentang jalan tu. jadi, tak payah susah hati. atau terasa macam di perli. sebab? sebab mereka mendoakan anda. 

apa yang perlu anda buat? ucap 'alhamdulillah..' moga-moga Allah menjadikan aku sorang yang mengetahui. maknenya, orang yang pandai. *sengih sorangsorang

kan kata-kata tu doa. 

sesi teguran. 

------------------------------------------------------

biarlah kite pakai tudung bidang 45 ke, tudung bulat ke, tudung 50 or apa-apa aja, aim of the experiment adalah sama. iaitu sebagai seorang hamba dan khalifah. 

Surah Al-Mukminun. 23:115

bergetar jiwa. 

maka, apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? 

Sebagai hamba kenalah beribadah. Sebagai khalifah kenalah mengatur, menyusun, mendidik, membangun dan berkemajuan. Dibangunkan itu semua untuk keperluan insan. Politiknya, ekonominya, pendidikannya, kebudayaannya, masyarakatnya, perhubungannya, tugasnya. Syariat jadikanlah panduan di semua aspek kehidupan. 

maka, saya rasa tak salah kalau gelaran itu digelarkan kepada awak muslimah. sebab awak memang layak. sesuai dengan maknanya. 

bidadari syurga pun jeles. ^^

muslimah - perempuan muslim (bukan istilah perempuan alim malaysia. alim malaysia dengan alim arab lain yee)
 

Sunday, August 17, 2014

cerita jodoh.

cerita yang agak tak bermanfaat.
jika ingin mencari ruang untuk berfikir atau mencari peringatan.

mohon tinggalkan ruang ini.

perbualan antara rakan-rakan-baik-serta-kawan-baik-kau-termasuk-kawan-lelaki- pasal jodoh.


yang-buatkan-aku-macam-takde-point-bila-diorang-sangat-serius-dan-tak-main-main-langsung.

memang hormon tengah gedik kot umur sembilan belas ni.

dan mungkin sebab aku takde boyfriend yang membuatkan aku macam tak reti nak bercakap soal cinta.

lebih banyak mendengar dari memberi nasihat dekat orang.

tak kurang juga yang malas nak sembang denngan aku pasal cinta sebab aku asyik cakap lelaki ni menipu.

cis. maaf lelaki.
--------------------------------------------------

entah. aku ni pantang sikit bila cakap soal hati.. bukan apa. apa yang aku tengok lelaki ni perasaan dia tak consisten.

depan awek, punya la baik.
belakang awek, puji perempuan lain.

ni yang buat aku konfius. dan macam malas nak melayan bila diorang ajak sembang benda macam gini.

--------------------------------------------------

yang perempuan.
bayangkan macam si lelaki tu yang akan kejut kau subuh. perbualan nak cari tulang rusuk yang hilang tu pun buat aku macam nak muntah hijau. akulah imammuu.. dikaulah makmumku... macam tak habis-habis kisahnya.

malam-malam bangun tahajud sama-sama. yg aku rasa macam tak logik kalau pegi kelas pun lect masuk dulu.

logik tak? sebab aku pikir, bila lambat pegi kelas-----lambat bangun----subuh gajah----camne nak tahajud?

kuikui. takpe, husnudzon.

--------------------------------------------------

yang macam tak bleh blah. bila hidup ni rasa macam kita tak buat pape lagi. untuk ummah. camne nak build self-confident boleh lahirkan zuriat yang soleh dan solehah. nak build family yang mawaddah-sakeenah-wa-rahmah. duit pun takde. takkan nak beli beras guna kasih sayang.

*camne boleh masuk soal anak plok.

--------------------------------------------------

persiapkan diri. yang aku cari adalah seorang suami. bukan lelaki biasa. yang duduk di kedai kopi. sembangnya besar. tapi habuknya tiada.

yang tahu tanggungjawab dan tegas dalam agamanya.

itu sahaja.

cuma, bolehka kita stop cakap soal jodoh. kita cakap soal mati yang lagi extreme.


Saturday, August 16, 2014

the journey of life.

assalamualaikum stalker.

eh. hehe. perasan macam orang nak baca blog saya pulop.

people come and go. and also dream.

macam tak caye je nak jadi engineer. AN ENGINEER. too many things that happend in my life. i'm not an excellent student. always be the best one in exam. my ups and downs.

but i hope to be the best one. although i'm also always make them unhappy.

argh. tears coming.

awak tahu. banyak cita-cita in my life yang tak dapat dicapai.

saya nak sambung jadi lawyer. tapi tak dapat.

saya nak sambung bidang syariah, mak abah tak bagi. saya ubah lagi cita-cita saya.

saya nak jadi veterinar. tapi saya ditawarkan modul 2 which means saya hanya ada fizik. saya anggap ini takdir. saya tak tukar kos.

main-main sangat dekat buku fizik dulu tulis IR. then when it come to reality. macam tak percaya. saya nak sambung degree dah. rasa macam muda lagi. terlalu banyak kegagalan yang aku capai dalam hidup. terlalu banyak benda yang aku perlu buktikan.

the journey of life. saya akui, saya takda cita-cita. apa yang saya cuba buat, saya ikut flow life. macam ape je. orang yang takda cita-cita. bila orang tanya nak jadi apa.. i can't answer it.

teacher : so, what is your dreams afiqah?
me: i just want to be a good human. 

termasuk jawapan cenggitu.

sebab aku tak letakkan cita-cita dalam hidup is aku takot aku kecewa. tak macam sesetengah orang, apa yang diorang bayangkan itu yang diorang dapat. tapi kisah aku lain. sebab tu aku malas nak letakkan harapan. aku just ikot flow life. tapi apa yang aku buat sangat bahaya. sebab aku tak tahu nak target result aku sama tak dengan syarat kemasukan u. 

sampai nak isi upu pun still gamble dengan abah. kalau ada impian, lagi bagus. boleh target dah.

dan yang pasal engineer ni macam lawak loqlaq jugak.

takpala. ada hikmah. lets fighting for our future. bila dah nak study bidang enginnering dah tentu kena cekap math + physics. which subject yang aku agak lemah. means i have to work hard. bila kena work hard, betul-betul kna fokus. bila kena fokus, jangan nak main-main.

membebel sorang-sorang dalam blog. yang mungkin macam syiok sendiri. macam takde pengisian.

sakit mata ah background pink nih. 


Sunday, August 3, 2014

berdikari ka beli kari ?

assalamualaikum.

perasaan yang agak hambar bila result UPU bukan hari ni. dahla hat jenis tak sabaq nak tau. boleh pulak buat lawak result tu tak keluaq hari ni.

brbrbrbr..

teringat pulak zaman matrik yang penuh dengan kelam kabut hat tak semenahnya. zaman hat dok cari identiti. zaman hat rasa syiok first time duduk asrama. cara cerita macam dah berkurun dok matrik. padahai baru berapa bulan ja tinggai.

sumpah lawak.

zaman baru rasa heaven tak basuh baju seminggu. kain sampai berbakul-bakul. maklumlah dok rumah ada anak dara jepun. mai matrik baru rasa cerdik sebab kena basuh tangan. maka tonyohla baju tu sampai mengelupas tangan.

tak termasuk lagi yang cerdik sorok heater dengan iron. pastu kantoi.

yang kena ligan dengan penyelia sebab naik waktu kuliah.

yang baju terbang pastu tersangkut kat pokok lepastu tak boleh nak amik. sampai sekarang ada lagi apa dekat pokok kelapa tu.

yang current trip hat selalu jadi.

kawan rapat sangat-sangat. 8 orang yang takkan pernah berpisah.



yang jumpa best friend forever and ever.

yang malam-malam pukul 2 pagi dok hingaq dengan aten buat kimia.

yang tragedi burung terbunuh sebab kepala kena penggal dengan kipas. and kepala dia sampai abis matrik tak jumpa. (yang ni misteri)


aktiviti dengan roomate. keluar makan. takpun, order piza makan ramai-ramai.

bangun lambat. sebab semua orang penat waktu minggu exam.

zaman try makanan instant lain selain magi yang sampai sekarang takleh nak masuk dengan anak tekak kecuali aten. -.-

spec saya yang hilang sampai sekarang tak jumpa.

zaman tertidur dalam lecture sebab rasa diri dah pandai. lepastu kena panggil dengan lecture.

''afiqah, kamu buat apa tu?!''

 grgr. sabaq jela sapa hat kawan dengan saya. dahla perangai pelik.

konklusinya. berdikari ka beli kari? -.-


Friday, August 1, 2014

NO TITLE

hormon tidak stabil.

menulis tanpa tajuk.

sepertinya gila.

ahh.

jiwa harus kental.

biar lembut jua pada dasarnya.

mengharap pada yang tak pasti.

ibarat menunggu kucing bertanduk.

mana mungkin kucing bertanduk. -.-

seperti juga mengharap pada yang tak pasti.

ahh.

keluhan kasar.

kasar dari hati yang lembut.

meminta penjelasan.

HATI

perlukah kau diam.

ya. kau perlu diam.

JIWA

kau perlu tabah.

tabah dalam menanti.

menanti pada siapa?

menanti pada yang tak pasti..