Don't cry because it's over, smile because it happened- Dr. Seuss| The Messenger of Allah SAW said: "Shall I not tell you the most in goodness of your deeds, the nicest to Your Owner, the highest in your ranks, better for you than spending gold and silver, and better for you than meeting your enemy whereupon you strike their necks and they strike your necks?" They said "Yes O' Messenger of Allah." He said: "Remembrance of Allah."| hayya a'lal fallah |Narrated Abdullah bin Umar: Allah's Apostle said, "It is not permissible for any Muslim who has something to will to stay for two nights without having his last will and testament written and kept ready with him."|

Saturday, July 26, 2014

open your heart. nikmat apa yang sering kamu dustakan?

bismillahirahmanirrahim.

cerita Ayyash yang tergantung kerana dek kekurangan idea. bercampur dengan masalah sekeliling yang meminta diri ini memberikan perhatian.

lemas. lemas dalam kekalutan.

*tarik nafas. hembus

rasa macam nak mentadabbur satu ayat. ayat-ayat cinta dari kekasih hati.

JOM. ^^

okey anak-anak.. mukasurat 284. surah Al-israk. ayat ke 23.

"dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain daripada Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ''ah'' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia '' 

harap menjadi seperti di atas. *winkwink

menghormati ibu bapa.

selama saya berada di hospital. dan selama saya menjadi gadis besi dan robot. saya sedar satu perkara yang selama ini saya tak sedar. rahmat Allah memberikan saya nikmat seorang ibu dan abah yang sangat-sangat memahami kehendak diri.

mengapa saya berkata demikian.

saya melihat seorang abah yang sangat risau tentang keselamatan anaknya. saya melihat seorang emak yang cuba menyembunyikan kerisauan hati. saya melihat pengorbanan duit yang ibarat air yang sangat laju dan deras keluar demi untuk melihat saya sihat.

apakah nikmat yang sering saya dustakan?

inilah nikmat yang saya dustakan. nikmat tidak menghargai kasih sayang. saya bukanlah seorang gadis yang menurut kata. saya cepat melawan. pantang dicabar. mahu saja menjadi seorang superheroin. selalu sahaja menegeluarkan statement tak cukup masak, berasa diri cukup besar. hingga kadang-kadang lupa siapa yang mengajar diri untuk menjadi insan berguna.

itu saya. kematangan diri yang mungkin tidak dicapai waktu ketika itu. perangai yang sangat hazabedah.

melihat kepada pengorbanan yang mereka lakukan. membuatkan hati ini menjadi lebih baik.

baik lahh sangat.

sungguh. saya menjadi seorang yang lebih memendam perasaan. dan lebih suka untuk tersenyum sendirian.  apabila dihentam atau dimarah saya hanya simpan. kematangan apa yang cuba dicapai, saya pun tak faham. mungkin kerana tak sampai hati nak sakitkan hati mereka atau saya rasa mungkin pengorbanan mereka terlalu besar.

saya cuba highlightkan apa yang perlu. 

sudah sampai masanya untuk saya berubah. berusaha untuk membawa mereka ke jannah yang abadi. hadiah untuk mereka kerana terlalu menyayangi anak yang sangat degil. buas. yang suka memberontak.

terima kasih kerana menjadi terlalu istimewa dalam hati kakngah. terima kasih abah sebab jaga kakngah dekat ward walaupun kakngah tahu abah tak sanggup tengok darah. mak yang always support me from behind. takpernah cakap anak dia lemah.

tak termasuk bila anak mak buat perangai waktu doktor bagi morphine yang macam apa lagi bila kena dadah. nak air vitagen yang macam tak logik sebab time tu pukul 1 pagi. yang selalu merengek. yang selalu menangis sebab doktor asyik cabut and pasang jarum dekat tangan. yang suka bergaduh dengan doktor sebab perangai hazabedah yang tak boleh belah menebal dalam diri.

akhirrulkalam. tak ada orang yang sanggup berkorban macam mak dan abah. tak ada orang yang sanggup buat apa sahaja macam mak dan abah buat. hargai mereka. dan walaupun selepas saya bukan lagi menjadi tanggungjawab mereka.. mereka tetap insan yang pertama.

ouch. 

Thursday, July 24, 2014

sungguh. aku penat.


barangkali mungkin sebab aku seorang gadis yang terlalu naif. naif dalam segala tindakan. keikhlasan itu menjadi punca utama untuk sebarkan kebahagiaan. begitu juga hubungan antara keluarga dan teman. meletakkan segala perasaan diri jauh dari hati.

ahh. teringat juga kisah aku di matrik. perasaan yang tak mungkin hilang dari hati bila dianggap pertolongan itu tidak ikhlas.

gadis ini penat sebenarnya.

penat berpura-pura menjadi jahat. sedangkan hati ini berjuang untuk menjadi baik.

penat berpura-pura tidak mengambil berat sedangkan dia orang yang paling risau keadaan sekeliling.

penat untuk menjadi gadis hamba sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi ketua.

dan sekali lagi bila kehormatan diri langsung tidak dihargai. aku hanya gadis. dan aku bukannya barang perhiasan murah. bisa diambil. bermain. dan kemudiannya diletakkan kembali ke tempat asal. gadis ini bukan begitu.

cukuplah. biarkan hak ini terus menjadi mahal. tak usah diganggu hati gadis ini.

kerana gadis ini benar-benar penat.

bermain perasaan. dan menjadi hamba perasaan.

Explore the World : Iceland

Bismillahirrahmanirahim.

ayuh kita keluar dari kebiasaan. tanamkan dalam hari dan misi yang perlu dicapai. saya nak ke sini. ke ICELAND.

maka keterujaan saya kali ini kita akan berlepas ke tanah ais.

uuuu. i'm eeexciitedd.please bring me there.

actually nak dijadikan kisah macam mana saya tahu bumi luas Allah ni ada tempat yag sebegini ialah dekat chanel 703 (AFC). food channel. so, diorang backpacker jalan-jalan dekat iceland sambil masak.

weh, suasana dia. masyaAllah. cantik gila. cuba bayangkan dalam suasana sejuk, tiba-tiba boleeh ada air panas dekat sana. lepas tu, boleh tengok glasier yang hang belajar time sekolah dulu memancut-mancut keluar. uuu, its giving me more excited feeling. 

The wonder of Southern Iceland! This journey takes you through the beautiful countryside of southern Iceland and the central highlands. See colorful mountains and take a dip in a natural hot spring, before continuing west towards the country's most famous active volcano, Hekla.
Leaving Reykjavik you will head to the geothermal area of Landmannalauger, famous for its incredible natural beauty and often called "The Pearl of the Central Highlands".
Travel into the highlands through Pjorsardalur valley and visit Hjalparfoss waterfall. Landmannalauger's colorful mountains are due to centuries of volcanic activity in the area. The picturesque natural landscape in this raw climate is simply breathtaking. While there, you'll enjoy a relaxing bath in a natural warm pool which is created where many hot and cold springs mix together.
Your tour continues toward the west and past Iceland's most infamous and active volcano, Hekla, which during the Middle Ages was believed to be the gateway to Hell. The volcano has had frequent eruptions in the past years and has left thick layers of ash and pumice over the landscape. Return to Reykjavik over Hellisheidi Mountain Heath


 active volcano. geothermal area. waterfall. 

tapi tempat sesuai untuk backpacker yang tak kisah keadaan dia. suka aktiviti lasak. and willing untuk rasai pengalaman yang meletihkan tapi memuaskan. 

Strokkur, geyser, iceland,
glazier.


northern lights, iceland,
northen light.

Iceland, whale,   

whale watching. *yang ni paling excited

Blue Lagoon, iceland,
blue lagoon geothermal spa. ayaq panaih. 

hmm, dah puas cuci mata. ^^

maka. one day. i'll be here. insyaAllah. may Allah give me oppurtunity to be here.


Wednesday, July 23, 2014

AYYASH. #1



Sejuk benar pagi ini.

Begitulah suasana di kampung. Kabus yang tebal membuatkan aku teruja. Seperti melihat salji di hadapan mata. Kagum benar dengan keindahan alam. Pagi-pagi begini indah kiranya jika aku menghabiskan masa berlari mengeluarkan peluh. membakar segala lemak yang tersimpan.

Sudah lama kiranya aku tidak bersenam. Sejak sebulan yang lalu. Mungkin hanya sekali aku berlari itu pun hanya disebabkan adik yang bising menyuruh aku menemani dia.

Kalau nak diharapkan hati.. maka hanya tinggal impian dan angan-angan. begitulah manusia.

Sedang aku berlari mencari stamina yang hilang, telefon bimbit berdering.

''ahh, siapa pulak yang kacau line ni..'' ujar aku bersendirian.

aku biarkan telefon itu terus berdering. Aisyah Aisyah. kalau sehari tak dengar dia beleter, mengomel. salah orang lah tu.

seperti tidak faham yang aku tidak ingin diganggu memaksa aku untuk menjawab panggilan.

''ayyashhhh! hang mangkit laa.. aku nak cerita dekat hang nih'' ujar Aisyah. kasar suaranya.

''syah..! aku magkit dah. dok pusing taman dah nih. haa.. cerita apa? '' aku membalas.

''yash, aku dapaat matrik perak kot..'' sambil ketawa.

''hah? dah keluaq ka weh result matrik.. kenapa aku tak tau pon..'' nada yang lemah.

''aku dah agak dah. hang ni yash.. semua benda nak aku peringat dekat hang. kalau aku tak peringat dekat hang, memang hang lupa la. makan semut sampai berkilo agaknya. aku dah pesan dah minggu lepaih. lupa jugak. apa hat dalam kepala hang aku pun tak tau'' panjang aisyah membalas.

aku hanya diam membisu.

''aisyah.. mesti hang dah cek untuk aku kan? haha. gitau lani la aku dapat mana.. takpayah aku nak check dah..''

''ayah hang yang tolong check dekat aku. dia kata, hang kat rumah qeja lena.'' pedas aisyah membalas.

maka. begitulah kehidupan aku. ummi dan abah memang cekap kalau hal begini.

'' hang terbang pi changlun. matrik kedah..'' aisyah membalas lagi.

changlun.

kenaapa dekat sangat. aku bermonolog.

selesai berbual panjang dengan aisyah. aku meneruskan larian.

ahh. mana munkin aku seorang sahaja di situ. rakan-rakan yang lain semuanya di perak.

aduh. macam mana nak bawa diri yang serba kurang ni. 

dahla manja. tak reti berdikari. semuanya ummi. semuanya abah. semuanya kakak. semuanya Aisyah.

arah mana harus teruskan larian.

ahhh.. berehat di rumah saja. mencari ketenangan di pagi hari yang hanya sementara.

PULANG sahaja aku. terus aku check kembali tawaran. ya ampun, memang benar. Ummi memberiku peluang untuk berfikir. tawaran untuk melanjutkan pengajian ke luar negara juga aku peroleh. atas biasiswa yayasan kerajaan negeri. dalam bidang agama.

arah mana harus letakkan tujuan hidup ini.

Pengajian Syariah di Yarmouk. ataupun asasi sains. atau matrikulasi.

persimpangan besar dalam hidup aku.

''ahh, stegheh kawe..'' bentak aku. lalu earphone yang berada di sisi aku sumbat ke telinga. kipas ditutup. aircond dibuka pada suhu yang rendah. pintu bilik ditutup. begitu juga lampu, kipas, dan tingkap bilik. aku menarik selimut hingga ke kepala.

lalu terus terlena dengan hati yang resah.

sungguh tidak matang.






Wednesday, July 16, 2014

scoliosis and i found myself back.


Bismillahirahmanirahim.

maha suci Allah. Tuhan sekelian alam. 

Ingat nak sambung cerita AYYASH. tapi, biarlah AYYASH berehat dahulu. 

Hmm. malam yang menarik, Duduk ibarat model catwalk umpama superstar. sambil kipas highspeed di dalam bilik, jelas seperti di tepi pantai. 

pergh. kau hado?

scoliosis. 

What is scoliosis?


sebelum itu, kita hayati dulu gambar. and dari situ kita buat conclusion untik mudahkan kefahaman kita.

okay, next picture.

yang di atas adalah gambar xray untuk pesakit scoliosis.

saya adalah pesakit scoliosis. dan tulang saya lagi teruk dari gambar di atas.its bend more. towards right.

sedih? pergh. toksah cakap. rasa macam takmau hidup dah untuk hari esok. esok. dan esok. 

at first. saya la hat paling happy. nak jumpa doktor lah katakan. sejak bertahun-tahun hidup first time ha kena pi xray. sebab ingat benda ni tak serius and hanyalah check up biasa. macam main doktor-doktor tuh. 

sekali. 

''mak cik, kami terpaksa refer anak mak cik ke pakar..''

aku. TERDIAM.

baaaapaaak. nak main-main ke hapa doktor ni. saya sihat kott.

but. bila tengok kepada xray. dah sah sah hang memang kurang upaya fiqah. tulang hang memang senget.cuma benda tu tak nampak. and yang ketara adalah bahu saya sebelah kanan tinggi sebelah dari sebelah kiri. 

T.T

maka bermula la kehidupan ku di hospital sultanah bahiyah, Alor Setar. 

orang sihat. takda sakit. bila kena pi refer pakar. macam pelik.  

seriusss! 

sebab tengok depa memang macam orang sakit. tapi saya. macam tak sakit. menyibuk pun ada. 

layankan jela.

then. bila dah jumpa pakar. 

scoliosis ni bahaya. and ada komplikasi kalau tak rawat...

antaranya..

# Kerosakan paru-paru dan jantung. Ini boleh berlaku jika tulang 
belakang membengkok melebihi 70 darjah. Tulang rusuk akan menekan 
paru-paru dan jantung, menyebabkan pesakit sukar bernafas dan cepat 
penat. 

Malah, jantung juga akan mengalami kesukaran mengepam darah. Dalam 
keadaan ini, pesakit lebih mudah terdedah kepada jangkitan paru-paru 
dan pneumonia. 

# Sakit tulang belakang. Semua pesakit, sama ada dewasa atau 
kanak-kanak, berisiko tinggi mengalami masalah sakit belakang kronik. 

Jika tidak dirawat, pesakit mungkin boleh menghidap masalah sakit 
sendi. Tulang belakang juga mengalami lebih banyak masalah apabila 
pesakit berumur 50 atau 60 tahun. 

# Masalah imej. Biasanya pesakit berasa rendah diri, malu dan kurang 
yakin untuk berdepan orang lain kerana badan mereka tidak seimbang, 
tinggi atau senget sebelah. 

# Kemurungan. Ini antara masalah psikologi yang paling dikhuatiri 
pakar perubatan. Pesakit akan lebih mudah mengalami kemurungan dan 
rasa sedih melampau. 


sambung nantila. lengoh. T_T

maka seperti yang dijanjikan..

follow up dekat HSB lebh kurang tiga kali. dan tiba la waktu yang sangat buat rasa jantung nak tercabut when Dr Nachi call.

he said that operation will be done next thursday. and i was like ' WHAT?!' .

ABAH also give the same reaction.

and hope to find more suitable time for us.

tapi MAK.

lagi cepat lagi bagus. dan atas kuasa veto mak la operation  tu tetap kena buat dalam masa 3 hari lagi.

rasa hidup tak berguna lagi. dalam masa tiga hari tu macam takda life. tengok tv tapi rasa macam tak tengok. makan rasa macam tak makan.teman family pi tesco yang kononnya nak hilang stegheh tapi tak hilang pun. hubungan sosial watsap wechat facebook twitter serta yang lain lain rasa tak perlu. and rasa nak duduk dalam selimut sambil dengar lagu evergreen. pastu nangis.

life getting harder. huahua

tapi waktu tu jugak connection dengan yg maha esa tak pernah putus. nangis. mengadu.

kawan-kawan. macam biasa. suruh bersabar. suruh bertenang. and suruh mengorat doktor. maklumlah ramai Dr baru buat housemanship kann..

the day saya masuk ward.

huh.

susah nak gambarkan. takda bed untuk saya. sebab that day ward penuh dengan patient. after abah call Dr Nachi and dapatla bed untuk kelas ketiga. redha. nak tengok life dekat hospital? duduk goverment punya hospital then duduk ward kelas ketiga. time tu baru rasa havoc.

sebab macam-macam kerenah.

selama aku dekat ward. hmm, seronok la jugak. sebab jadi pemerhati bebas.

boleh tengok nenek tua yang anak hanya akan tengok waktu petang. dan kemudian ditinggalkan. boleh tengok kasih mak dekat anak yang takda penghujung. boleh tengok anak kasih anak yang taat. the true colourss of human.

jadi tikus makmal.

sebab ramai gila student perubatan nak study apa yang depa belajaq.

i hate this.

tapi kesian. so, tiap-tiap hari they will come and ask how's your feeling today. tengok belakang i yang senget. kira tulang yang senget. they will bring their book and open their book in front of me and they will classify what they will do on me.

''the book say if we want to see whether she's okay or not we should do this this this and like this..'

so sapa yang do like this this this this tuu..

saya.

dan apabila benda yang di kaji itu memberi kesan. maka keterujaan mereka telah membuatkan saya sendiri kagum. kagum dengan mereka.

sapa mereka? student chinese. dan india.

mana melayu? ada. mungkin di ward lain.

*husnudzonn


Tuesday, July 15, 2014

AYYASH.



''hang rasa result hang elok ka yash? '' pertanyaan tersebut membuatkan aku tersentak.

''abis tu syah.. kalau hang rasa result hang tak elok hang nak bunuh diri ka?''

aku membalas.

sukar untuk aku ceritakan. Dirasakan tidak logik jika result aku hanya sekadar cukup-cukup makan. Mana pernah aku hampakan mak abah.

''yash.. hang nak jadi apa nanti..? '' sekali lagi Aisyah bertanya.

'' Al-Muhandisah..''

Pendek jawapan aku.

Masing-masing sepi merenung langit. Mungkin memikirkan masa depan.

''yash..Hang rasa kita hebat tak ? '' tanya Aisyah.

Pertanyaan Aisyah tidak aku layan.

Manusia. Hebat?  Aku biarkan persoalan itu.

                                                  *********


''AYYASHH!'' jerit Aisyah.

Tersembur air kopi.

''hang nih. tersedak aku.'' marah aku sambil lap kembali air yang tumpah.

''yash.. hang kena tengok ni..'' 

teruja betul Aisyah menunjukkan slip keputusannya kepada aku. Walhal aku sudah pun melihat keputusannya di internet.

''hang tengok nih, semua aku sapu A. B semua aku bagi dekat oqang. C aku amik balik. haha.''

9A2C. Hebat bukan. Aisyah. Gadis kampung. Mak dan ayahnya hanya seorang penoreh getah. Dibesarkan dalam keluarga yang besar. Belajar dari kesusahan dan usaha yang sangat tinggi. Hanya berharap kepada bantuan kerajaan dan biasiswa sahaja. Tiada tuisyen. 

tidak seperti diriku. Mudah segala-galanya. Nak duit. Minta saja pada mak atau abah. Pasti diberi.

wujud rasa kagum pada ketika itu.

''yash.. terima kasih.. hang sahabat aku dunia akhirat..''

aku terdiam. Air mata aku seolah-olah mahu menitis. Terharu kerana ukhwah yang terbina itu terlalu manis. Semanis madu. 

Gembira melihat kejayaan orang. Gembira juga kerana Allah memberikan nikmat untuk merasai kejayaan yang cemerlang.

Alhamdulillah. Alhamdulillah YA ALLAH.


*****

bersambung.