Don't cry because it's over, smile because it happened- Dr. Seuss| The Messenger of Allah SAW said: "Shall I not tell you the most in goodness of your deeds, the nicest to Your Owner, the highest in your ranks, better for you than spending gold and silver, and better for you than meeting your enemy whereupon you strike their necks and they strike your necks?" They said "Yes O' Messenger of Allah." He said: "Remembrance of Allah."| hayya a'lal fallah |Narrated Abdullah bin Umar: Allah's Apostle said, "It is not permissible for any Muslim who has something to will to stay for two nights without having his last will and testament written and kept ready with him."|

Wednesday, July 23, 2014

AYYASH. #1



Sejuk benar pagi ini.

Begitulah suasana di kampung. Kabus yang tebal membuatkan aku teruja. Seperti melihat salji di hadapan mata. Kagum benar dengan keindahan alam. Pagi-pagi begini indah kiranya jika aku menghabiskan masa berlari mengeluarkan peluh. membakar segala lemak yang tersimpan.

Sudah lama kiranya aku tidak bersenam. Sejak sebulan yang lalu. Mungkin hanya sekali aku berlari itu pun hanya disebabkan adik yang bising menyuruh aku menemani dia.

Kalau nak diharapkan hati.. maka hanya tinggal impian dan angan-angan. begitulah manusia.

Sedang aku berlari mencari stamina yang hilang, telefon bimbit berdering.

''ahh, siapa pulak yang kacau line ni..'' ujar aku bersendirian.

aku biarkan telefon itu terus berdering. Aisyah Aisyah. kalau sehari tak dengar dia beleter, mengomel. salah orang lah tu.

seperti tidak faham yang aku tidak ingin diganggu memaksa aku untuk menjawab panggilan.

''ayyashhhh! hang mangkit laa.. aku nak cerita dekat hang nih'' ujar Aisyah. kasar suaranya.

''syah..! aku magkit dah. dok pusing taman dah nih. haa.. cerita apa? '' aku membalas.

''yash, aku dapaat matrik perak kot..'' sambil ketawa.

''hah? dah keluaq ka weh result matrik.. kenapa aku tak tau pon..'' nada yang lemah.

''aku dah agak dah. hang ni yash.. semua benda nak aku peringat dekat hang. kalau aku tak peringat dekat hang, memang hang lupa la. makan semut sampai berkilo agaknya. aku dah pesan dah minggu lepaih. lupa jugak. apa hat dalam kepala hang aku pun tak tau'' panjang aisyah membalas.

aku hanya diam membisu.

''aisyah.. mesti hang dah cek untuk aku kan? haha. gitau lani la aku dapat mana.. takpayah aku nak check dah..''

''ayah hang yang tolong check dekat aku. dia kata, hang kat rumah qeja lena.'' pedas aisyah membalas.

maka. begitulah kehidupan aku. ummi dan abah memang cekap kalau hal begini.

'' hang terbang pi changlun. matrik kedah..'' aisyah membalas lagi.

changlun.

kenaapa dekat sangat. aku bermonolog.

selesai berbual panjang dengan aisyah. aku meneruskan larian.

ahh. mana munkin aku seorang sahaja di situ. rakan-rakan yang lain semuanya di perak.

aduh. macam mana nak bawa diri yang serba kurang ni. 

dahla manja. tak reti berdikari. semuanya ummi. semuanya abah. semuanya kakak. semuanya Aisyah.

arah mana harus teruskan larian.

ahhh.. berehat di rumah saja. mencari ketenangan di pagi hari yang hanya sementara.

PULANG sahaja aku. terus aku check kembali tawaran. ya ampun, memang benar. Ummi memberiku peluang untuk berfikir. tawaran untuk melanjutkan pengajian ke luar negara juga aku peroleh. atas biasiswa yayasan kerajaan negeri. dalam bidang agama.

arah mana harus letakkan tujuan hidup ini.

Pengajian Syariah di Yarmouk. ataupun asasi sains. atau matrikulasi.

persimpangan besar dalam hidup aku.

''ahh, stegheh kawe..'' bentak aku. lalu earphone yang berada di sisi aku sumbat ke telinga. kipas ditutup. aircond dibuka pada suhu yang rendah. pintu bilik ditutup. begitu juga lampu, kipas, dan tingkap bilik. aku menarik selimut hingga ke kepala.

lalu terus terlena dengan hati yang resah.

sungguh tidak matang.






No comments:

Post a Comment

Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D