Thursday, July 24, 2014
sungguh. aku penat.
barangkali mungkin sebab aku seorang gadis yang terlalu naif. naif dalam segala tindakan. keikhlasan itu menjadi punca utama untuk sebarkan kebahagiaan. begitu juga hubungan antara keluarga dan teman. meletakkan segala perasaan diri jauh dari hati.
ahh. teringat juga kisah aku di matrik. perasaan yang tak mungkin hilang dari hati bila dianggap pertolongan itu tidak ikhlas.
gadis ini penat sebenarnya.
penat berpura-pura menjadi jahat. sedangkan hati ini berjuang untuk menjadi baik.
penat berpura-pura tidak mengambil berat sedangkan dia orang yang paling risau keadaan sekeliling.
penat untuk menjadi gadis hamba sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi ketua.
dan sekali lagi bila kehormatan diri langsung tidak dihargai. aku hanya gadis. dan aku bukannya barang perhiasan murah. bisa diambil. bermain. dan kemudiannya diletakkan kembali ke tempat asal. gadis ini bukan begitu.
cukuplah. biarkan hak ini terus menjadi mahal. tak usah diganggu hati gadis ini.
kerana gadis ini benar-benar penat.
bermain perasaan. dan menjadi hamba perasaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D