Don't cry because it's over, smile because it happened- Dr. Seuss| The Messenger of Allah SAW said: "Shall I not tell you the most in goodness of your deeds, the nicest to Your Owner, the highest in your ranks, better for you than spending gold and silver, and better for you than meeting your enemy whereupon you strike their necks and they strike your necks?" They said "Yes O' Messenger of Allah." He said: "Remembrance of Allah."| hayya a'lal fallah |Narrated Abdullah bin Umar: Allah's Apostle said, "It is not permissible for any Muslim who has something to will to stay for two nights without having his last will and testament written and kept ready with him."|

Tuesday, September 30, 2014

think

semenjak lepas operation ni, satu benda yang aku dapat rasa is my antibody is quite weak.

tambahan, aku memang tak ambil sebarang supplement untuk kuatkan badan.

then, when one of my friend selesema and batuk. kejap je duduk sebelah dia waktu makan malam. next morning, hidung dah meleleh leleh dengan hingus.

masuk je dalam kuliah, i was like freezing. and start to make sound. "uhuk--uhuk--uhukkk"

-.-

and this evening, my body macam panas dekat luar tapi rasa mengigil-gigil.

macam sejuk.

then, pagi tadi air nye nggak ado. so, luckily sempat tahan air 3 malam sebelum. nasib-nasib.

what i'm trying to tell is kawan-kawan, if rasa tak sihat or rasa dah semacam je badan tu cepat-cepat makan ubat. don't let that virus merebak. fikir sikit pasal orang sekeliling. sebab ada setengah orang tak berapa nak kuat antibody. tak payah kot nak tunjuk hebat. "aku tak makan ubat, just biarkan selesema and batuk ni naturally sembuh. "

eheh. naturally sembuh?

naturally sebarkan kasih sayang melalui virus. gituuuh. :)

sama-sama batuk. sama-sama demam. sama-sama beli tisu. amacam? rare tak?

kitaorang pun nak study. kalau badan tak sihat macam mne nak fokus.

mohonla. fikir orang lain.

sama-sama sihat kan bagus. :)

Saturday, September 27, 2014

luahan.

Cerita untuk yang faham.

Ada hati yang mahu mendekat. Tapi dia belum siap. Masih berkira mahu sekarang atau nanti.

Aku memutuskan untuk pergi. Pengajaran lalu cukup memberiku erti. Hati lelaki sepertinya tidak ada paksi. Si dia yang belum pasti, aku tinggalkan sepi. Pergilah. Dan tolong jangan mencuba lagi. Hati ini tertutup untuk lelaki yang tidak bijak membuat keputusan.

Dan nekad membuat aku mencuba lagi. Menyukai kerana aku yakin, dia boleh membimbing dan menjaga diri ini. Sebulat tekad, aku meluahkan rasa, tidak peduli istilah perigi mencari timba.

Kali ini, si dia ini pula belum bersedia untuk memikirkan hal-hal ikatan rumah tangga. Tapi jangan risau. Aku tidak patah hati selamanya. Kerana antara aku dengan dia, belum ada kenangan yang tercipta. Dan aku, pergi dari dia. Jawapan sudah aku terima. Kini aku tidak lagi tertanya-tanya tentang isyarat-isyarat darinya. Aku tidak mahu terlebih suka. Kerana terlebih gula selalu buruk padahnya.

Sekarang ini, kita adalah penghulu kepada diri sendiri. Kita memilih, mahu kecewa atau bahagia. Mahu tertanya-tanya, atau bertanya.

Mungkin, aku bersikap lantang. Mungkin aku dasar si kepala batu yang berpendirian. Tapi aku tahu, kalau bukan aku, siapalah yang mahu menjaga hati ini.

Ya Allah, bantulah hamba menjaga hati. Tidak mahu terluka lagi. Tidak mahu tercemar lagi.

Friday, September 26, 2014

kerna gembira itu dari Dia.

editor untuk penerbitan sekiansekiansekian(rahsia) just give me a call.

penulisan aku berjaya untuk masuk saringan kedua.

hmm.

aku tidak meletakkan harapan yang tinggi.

jauh sekali berharap agar karya diterima.

nama pena biarlah aku rahsiakan.

agar feedback itu jujur.

juga kepada sahabat.

terima kasih memberi semangat.

dah tak lama dah. insyaAllah. akan berada di pasaran. :)

Monday, September 22, 2014

awak, awak nak pergi dah ke? :')

kesinambungan dari outlanderm.

perkenalan yang rasanya ditakdirkan oleh seorang sahabat.

melalui facebook. langsung tidak pernah berjumpa. hanya melalui medium ini.

namun, perkenalan ini benar-benar mengajar aku untuk jadi seorang kakak. kakak yang memantau perkembangan kamu semua dari jauh.

pernah bercita-cita untuk berjumpa awak, nisah. namun, Allah belum mengizinkan lagi. mungkin nanti. kita tak tahu jodoh pertemuan itu.

akak memandang awak, seorang gadis. gadis yang besar dengan cita-cita.

gadis yang sangat matang dalam tindakan.

teringat dahulu.

"mizah nak jadi apa nanti?"

"mizah ingat mizah nak jadi doktor.."

selepas itu, cita-cita kamu berubah. mungkin kamu masih mencari cita-cita kamu.

tidak mengapa. setiap saat itu adalah pencarian diri.

siapa mizah sebenarnya. siapa akak sebenarnya. siapa kita sebenarnya.

:) 
---------------------------------

kakak bangga dengan kamu.

jaga diri di tempat orang. jaga diri sana.

meski kaki itu berdiri bukan di bumi sendiri,

carilah pengalaman yang tidak ada di bumi sendiri.

andai awak rebah, bangun.

jangan terus tersungkur.

awak..

awak insan terpilih.

berjuanglah.

hingga ajal menjemput.

saya sayang awak kerana Allah.



Wednesday, September 17, 2014

sebab aku tak perlukan simpati orang.

tadi aku basuh baju.

baju bila dah kena air, berat.

aku angkat baldi yang berat.

plus, waktu tu memang aku rasa aku tak mampu nak angkat.

aku gagahkan diri aku.

sekali bila dah angkat, melangkah je keluar dari bilik air.

aku rasa macam belakang aku sakit.

sakit yang aku tak dapat describe rasa dia.

sampai aku terduduk.

aku nak menangis.

sebab sakit tu tuhan saje yang tahu.

ada tangan yang pegang bahu.

"awak ok?''

dush. terus rasa macam loser.

cakap dalam hati. nak angkat baldi pun tak larat. 

tak payah mimpi nak berjuang untuk islam.

berjuang dekat bilik air pun tak mampu.






Sunday, September 14, 2014

here.

aku rasa life dekat sini.

banyak ajar untuk aku survive.

dalam erti kata yang lain.

aku belajar hormat orang.

bukan aku nak cakap dekat rumah aku tak belajar semua tu.

bukan. maksud aku, sedar dan tahu apa yang aku buat.

berhati-hati dalam tindakan.

kadang aku rasa macam kelakar.

sebab aku jadi orang yang sangat matang. walhal, kalau sape yang kenal aku dekat matric, tahu betapa sewel nye aku.

aku suka ketawa berbanding buat lawak.

dekat sini.

itulah yang aku dapat.

belajar gelak. sebab dapat kawan yang sangatsangat kelakar.

jumpa classmate yang perangainye sebijik macam azri. which is i think, kembar azri.

alisya dengan amrina yang boleh dikatakan kawan yang sangat baik.

aina, also had done her operation for about 2 years. also scolio patient. yang mana, when i look her, i also know she's not well recovery yet. and i know, its painful. T.T

too many things can't describe.

moga Allah memberikan aku kekuatan dalam kehidupan. jadi insan yang baik. memberi manfaat pada insan lain. ameen. :)

Saturday, September 13, 2014

sedih ke? tak lahh. :)

aku nak cakap. satu benda yang buat hati aku kadang-kadang menangis.

bila aku rasa sakit dan aku tak nak orang tahu pun.

dan aku diam. sepikan diri. menangis dalam hati. 

backpain aku.

aku rasa aku loser sangat bila aku menangis sebab sakit.

wanita yang nak bela agama takkan senang-senang nak nangis depan orang bila sakit menyerang.

hatta, pada realitinya aku sangat tak tahan dengan backpain aku.

aku selalu pujuk diri aku.

manusia kalau nak petik bunga, manusia petik bunga yang cantik.

orang takkan petik bunga yang busuk. yang tak elok.

macam tu juga Allah. Allah nak pilih, Allah tak pilih orang yang tak kuat semangat.

Allah pilih orang yang kuat semangatnye.

aku orangnya.

terus menangis bawah selimut.

sebab terharu.

dan sakit pun hilang.

:)

Sunday, September 7, 2014

this is true.

Allah tahu apa yg aku rasa. Allah tahu. Kau tak perlu pun nk tunggu manusia tahu. Kau tak perlu nk ceritapada manusia. Cukup dia sbgai peneman. Kau tak lemah. Even kau tahu benda ni sakit. Ingt, ALlah takkan biarkan hamba dia sengsara. Yakin. Jgn toleh belakang. :)