Don't cry because it's over, smile because it happened- Dr. Seuss| The Messenger of Allah SAW said: "Shall I not tell you the most in goodness of your deeds, the nicest to Your Owner, the highest in your ranks, better for you than spending gold and silver, and better for you than meeting your enemy whereupon you strike their necks and they strike your necks?" They said "Yes O' Messenger of Allah." He said: "Remembrance of Allah."| hayya a'lal fallah |Narrated Abdullah bin Umar: Allah's Apostle said, "It is not permissible for any Muslim who has something to will to stay for two nights without having his last will and testament written and kept ready with him."|

Saturday, September 27, 2014

luahan.

Cerita untuk yang faham.

Ada hati yang mahu mendekat. Tapi dia belum siap. Masih berkira mahu sekarang atau nanti.

Aku memutuskan untuk pergi. Pengajaran lalu cukup memberiku erti. Hati lelaki sepertinya tidak ada paksi. Si dia yang belum pasti, aku tinggalkan sepi. Pergilah. Dan tolong jangan mencuba lagi. Hati ini tertutup untuk lelaki yang tidak bijak membuat keputusan.

Dan nekad membuat aku mencuba lagi. Menyukai kerana aku yakin, dia boleh membimbing dan menjaga diri ini. Sebulat tekad, aku meluahkan rasa, tidak peduli istilah perigi mencari timba.

Kali ini, si dia ini pula belum bersedia untuk memikirkan hal-hal ikatan rumah tangga. Tapi jangan risau. Aku tidak patah hati selamanya. Kerana antara aku dengan dia, belum ada kenangan yang tercipta. Dan aku, pergi dari dia. Jawapan sudah aku terima. Kini aku tidak lagi tertanya-tanya tentang isyarat-isyarat darinya. Aku tidak mahu terlebih suka. Kerana terlebih gula selalu buruk padahnya.

Sekarang ini, kita adalah penghulu kepada diri sendiri. Kita memilih, mahu kecewa atau bahagia. Mahu tertanya-tanya, atau bertanya.

Mungkin, aku bersikap lantang. Mungkin aku dasar si kepala batu yang berpendirian. Tapi aku tahu, kalau bukan aku, siapalah yang mahu menjaga hati ini.

Ya Allah, bantulah hamba menjaga hati. Tidak mahu terluka lagi. Tidak mahu tercemar lagi.

No comments:

Post a Comment

Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D