kesinambungan dari outlanderm.
perkenalan yang rasanya ditakdirkan oleh seorang sahabat.
melalui facebook. langsung tidak pernah berjumpa. hanya melalui medium ini.
namun, perkenalan ini benar-benar mengajar aku untuk jadi seorang kakak. kakak yang memantau perkembangan kamu semua dari jauh.
pernah bercita-cita untuk berjumpa awak, nisah. namun, Allah belum mengizinkan lagi. mungkin nanti. kita tak tahu jodoh pertemuan itu.
akak memandang awak, seorang gadis. gadis yang besar dengan cita-cita.
gadis yang sangat matang dalam tindakan.
teringat dahulu.
"mizah nak jadi apa nanti?"
"mizah ingat mizah nak jadi doktor.."
selepas itu, cita-cita kamu berubah. mungkin kamu masih mencari cita-cita kamu.
tidak mengapa. setiap saat itu adalah pencarian diri.
siapa mizah sebenarnya. siapa akak sebenarnya. siapa kita sebenarnya.
:)
---------------------------------
kakak bangga dengan kamu.
jaga diri di tempat orang. jaga diri sana.
meski kaki itu berdiri bukan di bumi sendiri,
carilah pengalaman yang tidak ada di bumi sendiri.
andai awak rebah, bangun.
jangan terus tersungkur.
awak..
awak insan terpilih.
berjuanglah.
hingga ajal menjemput.
saya sayang awak kerana Allah.
No comments:
Post a Comment
Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D