bila kau rasa kasih dan sayang Allah tu dekat,
kau tak kisah bila hati kau sering menangis.
kau tak mengeluh.
sebab kau tak rasa keseorangan.
paling hati rasa tersentuh,
kau mampu hidupkan jiwa yang mati.
sampai satu saat,
jiwa kau lebih terdidik.
kau guna setiap ruang dan peluang.
inilah kehidupan.
adakala, kita memenuhi kelemahan orang.
dan ada ketika orang memenuhi kelemahan kita.
ada hikmah.
Allah memberi aku sakit.
aku lebih tersenyum memandang keindahan dunia.
mensyukuri setiap nikmat.
bagi aku,
kehidupan ini singkat.
beredarnya waktu,
bermakna masa semakin suntuk.
masa semakin pendek untuk aku luahkan rasa cinta buat pencipta.
infiru.
buat jiwa yang dahagakan kasih.
infiru.
buat jiwa yang terleka.
infiru.
moga kita sama-sama beredar.
No comments:
Post a Comment
Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D