malam ini,
malam yang sepi tanpa bicara.
hanya aku dan tuhan.
bermonolog atas dasar dosa dan takdir.
meminta belas simpati.
malam ini,
malam yang sayu tanpa bicara.
bait-bait cintaMu ku tatap,
mengagumi kuasaMu.
menginsafi kerdilnya diri.
tuhan,
aku adalah hamba hina.
sering melupakan tika kesenangan.
sering mengingatimu tika kesusahan.
apakah layak aku dalam dakapan-Mu?
kerana aku,
pendosa tanpa noktah.
yang noktahnya takkan pernah berakhir.
No comments:
Post a Comment
Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D