kadang kita rasa kita ni dah cukup segala ilmu nak jawab exam.
kadang kita ni dah hafal segala formula nak jawab test.
kadang kita ni dah macam hebat jawab soalan yang susah nak mati within than 5 minutes.
tapi,
bila masuk exam, kau rasa macam kau bodoh sangat.
kau tak tahu nak jawab macam mana.
formula yang kau hafal, kau hanya mampu tulis dekat tepi soalan.
tapi kau tak reti guna.
you got what i mean?
time tu, perut kau rasa kecut.
kau tengok orang sebelah jawab, macam tenang je. tak pandang orang.
tapi kau?
pernah rasa?
ibrahnya, ilmu itu bukan untuk dihafal. tapi untuk difahami.
ilmu itu bukan untuk exam, tapi untuk kehidupan.
ilmu itu bukan untuk tunjuk kau pandai, tapi untuk luaskan syiar islam.
sudahla tabiat yang tak cantik tu. belajar untuk Allah. belajar untuk kehidupan. belajar untuk keluarkan kau dari kelompok jahil.
faham kan apa aku maksudkan?
selamat berfinal exam. :)
No comments:
Post a Comment
Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D