Don't cry because it's over, smile because it happened- Dr. Seuss| The Messenger of Allah SAW said: "Shall I not tell you the most in goodness of your deeds, the nicest to Your Owner, the highest in your ranks, better for you than spending gold and silver, and better for you than meeting your enemy whereupon you strike their necks and they strike your necks?" They said "Yes O' Messenger of Allah." He said: "Remembrance of Allah."| hayya a'lal fallah |Narrated Abdullah bin Umar: Allah's Apostle said, "It is not permissible for any Muslim who has something to will to stay for two nights without having his last will and testament written and kept ready with him."|

Sunday, May 4, 2014

setahun berlalu..

teringat dulu.. penah aku katakan kepada seorang sahabat.. aku takkan kemana-mana.. hidup aku hanya dengan emak dan abah. sungguh, aku sangat maksudkan ayat t. mungkin kerana aku rasa waktu tu aku tak boleh hidup sendiri.. takut terbabas.. mungkin..

tapi bila dah terpaksa hidup sendiri. berusaha atas kaki sendiri. bersengkang mata sendiri, then aku tahu betapa susahnya hidup ni. sangat. walaupun aku rasa aku tak mampu untuk harungi semua ni. menangis tu tak payah nak cakap. sangat stress. entah berapa kali aku masuk tandas muntah. sebab tak tahan dengan pressure dan aku rasa aku tak boleh nak cope. 

tu masa first sem la. second sem aku rasa macam terbina sikit. sebab join halaqah. even sebelum ni nampak je depa dekat masjid tapi tak penah nak pegang quran duduk sekali dengan depa. pentingkan benda yang penting.entah benda apa pun aku tak tau. pulun sampai tak ingat Allah tu yang bagi kejayaan. tapi result aku tak membina langsung.

then, bila join halaqah, baru la rasa macam tenang. satu point yang aku rasa besar dekat sini. join halaqah, membuatkan aku baca tafsir quran tu. aku conteng. aku belajar untuk tadabur ayat. kenal al quran.

rugi, kita baca tanpa tahu maksud. membuatkan kita hanya sekadar baca. tak tahu pangkal dan hujung.

dalam masa setahun ni jugak, aku belajar untuk jadi lebih matang. study aku. macam mana aku manage. kalau nak dikatakan aku ni budak pandai, tak. pointer aku tak la setinggi langit. hati mana yang tak jeles, lihat kawan pointer tinggi. cuma aku katakan pada hati aku, belajar untuk teruskan jihad kepada allah. belajar untuk agama.. perkara yang paling aku risaukan.. jika aku lemah dalam pelajaran, bagaimana nak luaskan dakwah. kerana, jika ingin berdakwah. perlulah mempunyai ilmu. takut nanti menjadi fitnah kepada agama itu sendiri.

allahurabbi..



No comments:

Post a Comment

Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D