Don't cry because it's over, smile because it happened- Dr. Seuss| The Messenger of Allah SAW said: "Shall I not tell you the most in goodness of your deeds, the nicest to Your Owner, the highest in your ranks, better for you than spending gold and silver, and better for you than meeting your enemy whereupon you strike their necks and they strike your necks?" They said "Yes O' Messenger of Allah." He said: "Remembrance of Allah."| hayya a'lal fallah |Narrated Abdullah bin Umar: Allah's Apostle said, "It is not permissible for any Muslim who has something to will to stay for two nights without having his last will and testament written and kept ready with him."|

Wednesday, February 6, 2013

lesen kereta.

Assalamualaikum and good morning guys. Dah makan? btw, saya minum milo ais pagi ni. sejuk! :P

seriously, nightmare. :(

haha. pasai lesen keretaa. macam mimpi ngeri. wahaha

well, mula-mula tu terkinja-kinja ja bila mak cakap boleh amik lesen kereta. bila nak pegi buat untuk 6 jam kereta, tetiba macam fikir balik. are you serious afiqah? ni kereta, bukan moto. err. ok ok. kita kena series. then, bila sampai dekat pusat latihan memandu pendang. OH MY GOSH. aku kena belajar kereta. ulang sekali lagi KERETA.

nervous. NERVOUS.

sumpah, aku tak pernah bawak kereta langsung. start kereta pernah. tapi nak tekan minyak, brake, and so on. NO. tak pernah. ok, mak cakap cikgu akan ajaq. enjoy yourself. balablabla. isi borang apa semua then tunggu cikgu memandu masuk.

then, cikgu pun masuk. mula-mula lagi dah sebut pasai eksident. okey, KEMALANGAN. mati la putus kepala, otak tekeluaq. time ni dia cerita. hoihoihoi. mampukah aku. waaaaa! takot.

then cikgu tu ajaq, mana clutch, mana brake, mana minyak. tapi kan kan, rasa macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. aku tak faham satu apa pun. wiper dengan signal pun aku macam tak tau dekat mana. hah, orang lain tunjuk kanan la kiri la. aku pun macam oooooooo, okay. tapi hareem tak tau. lepas tu, cikgu suruh keluar. dia nak tunjuk mana enjin dengan cara tukar tayar. *gulp*

okay, then dia pun tunjuk la mana benda-benda tu semua dan aku pun macam ooooooooo, okay. sebab aku macam takleh nak fokus. lepas tu macam tak masuk dalam otak. rbrbrbrbrb

dipendekkan cerita, petang tu, aku kena drive sendiri. dapat cikgu memandu muda. aku pun macam okay je. harap-harap tak jadi benda pelik-pelik. masa aku nak naik kereta tu, tiba-tiba kereta yang ada atas bukit tu meluncur laju sambil berbunyi 'crrriiiinnng' lepas tu brake yang aku rasa macam brake mengejut nak mati. aku pun dah ketaq. bismillahirahmanirrahim..

cikgu tu tunjuk la mana brake semua. time ni semua benda yang cikgu tu masuk macam sedut terus dalam otak. wah! aku kalau time terdesak, memang mudah sangat masuk ilmu dalam kepala. mungkin aku fokus gila kot. okay, tepuk tangan!

 

then, masa yang ditunggu-tunggu. aku DRIVE. haha.

mula-mula tu okay, aku berjaya gerakkan kereta tanpa kereta tu mati ataupun tersenguk-sengguk. SYABAS! tapi kan kan masa kat bukit, aku buat benda yang sama macam yang aku tengok orang buat tadi sebab salah tekan brake dengan minyak. gila tak gila aku tak tau. tapi cikgu dekat sebelah aku tu macam maki dan aku tengok dia dok urut dada. maknanya kerja gila. last-last dia suruh berhenti dekat kaunter lepas tu sign. agaknya dia trauma kot. -.- sedih

lepas sign semua aku ucap terima kasih and bla bla sory.. lepas tu dia macam senyum. segih sat. yang pastinya aku 20 minit awal siap daripada kawan-kawan aku yang lain.

hari tu benda yang paling banyak aku sebut, 'oooooooooo' sambil angguk-angguk. haha



Monday, February 4, 2013

#1 memory - bahas ala parlimen

Assalamualikum w.b.t, terima kasih kepada tuan yang dipertua, barisan kerajaan, rakan-rakan perwakilan pembangkang seterusnya ahli dewan, pemimpin, pemaju negara berwawasan. *with confident

bahahaha. i just really miss the memory.

mengidam nak berbahas bersama rakan-rakan yang sangat poyo. haha. they just be very confident and kami selalu gaduh sebab masalah dunia. btw, i joined this competiton for about 2 years dan sangat awesome.!

*liyana jasmay dah kawin.

err. okay

aku just nak kongsikan tips untuk bakal-bakal pembahas. basiccally kena bersedia dari segi fizikal dan mental. jangan takut dengan provokasi yang pihak lawan serang. one tips, gunakan mata anda untuk attack musuh anda. first, ketika mereka sedang membentangkan usul. sambil menulis kesalahan or isi ka apa ka, mata tu mata. renung, tengok, jeling. yah, itu salah satu cara anda provokasi bersama mereka. berani lawan mata tu. dan mungkin akan membuatkan mereka ketaq, mengigil, takda suara and more.

*jika anda diserang atau diminta penjelasan mengenai masalah yang hampa dok bincang tapi sebenaqnya hanpa sendiri tak penah pikiaq langsung - solution : menipu, pusing tajuk, jadikan kesalahan depa sebagai hujah. time ni menunjukkan kelebihan awak sebagai pembahas. dan time ni jugak otak tu kena berfungsi. dan cara yang paling selamat dan bijak, menipu- untuk selamat kan diri awak serta rakan-rakan perwakilan awak sebab they can't help you.  jawab saja benda tu. jangan diam.


                   gigi saya besaq tapi saya bukan Timmy Turner (Fairy Oddparents). haha

*ketika rakan anda sedang bentangkan usul, tugas anda - bukan duduk goyang kaki, minum air dengan harapan tugas anda selesai. tolong catat kesalahan pihak lawan. soalan yang boleh membuatkan mereka tercengang, bukti2 yang hampa cari sebelum pertandingan yang hampa rasa boleh jatuhkan pihak lawan - waktu ni benda ni sangat-sangat penting yang boleh membuatkan juri dekat bawah tu dok usyar hampa dan mana la tau, kot-kot hampa boleh jadi 'pembahas terbaik'. haha. well, time ni jugak hang tanya kawan-kawan dekat belakang dengan sebelah apa yang depa dapat.. dan time ni jugak kalau hang diberikan tugas untuk sesi penggulungan, jangan dok enjoy sangat. buat siap-siap lepas tu pikiaq lagi apa yang patut untuk bagi group hampa menang dengan bergaya. *tolong time ni ada kerja berpasukan. jangan dok buat 'bukan kerja aku, kerja hang'. faham?

*pandai control emosi. umpama anda seorang pemimpin berkaliber, segak dan bergaya. tonjolkan kematangan. bukan sikap perongoih(loqlaq) hampa.

*pakaian hampa, takpayah dok buat kuih lapis ka bengkang ka. pakai baju rasmi pengawas. yang pengawas akan pakai setiap hari ahad ataupun ketika ada peristiwa penting. itu menunjukkan awak, bersama rakan-rakan awak sebagai satu pasukan yang segak, bergaya, kemas, cantik. salah satu cara awak provokasi pasukan lawan. dengan pakaian hampa yang segak tu pun dah boleh turunkan confident level depa. sebab awak bersama rakan-rakan awak dilihat sangat hebat, dan bergaya.

 dan album kenangan saya bersama pasukan bahas Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, sekolah kluster kecemerlangan. dan saya amat bangga kerana mereka adalah yang terbaik with all the crazy things, ngokngek things, also when the situation that was really pressure us. good things, bad thing happend. and really miss you guys. 
 

                                                                       me- kiri.

                         

                                           
                                                       *sila beri laluan. wahaha

                                                      
                                                             *ini comel :D



Thursday, January 17, 2013

dengar or LISTEN

assalamualaikum.


students yang mendengar layak dikategorikan sebagai 'lalang'.

Bawani, bukan semua students yang sama seperti awak (they just clapping their hand like main 'sik-sik boom boom'). dan i'm with you.

to the speaker, aku tak anggap dia seorang yang layak dipanggil golongan intelektual.

aku: jika aku berada di situ. just 'blah'. tak payah nak jadi lalang sebab aku tak suka dengan cara 'respect' or 'listen'. listen. listen. listen.listen (sebut sampai infinity)

kita tak sama dengan binatang.

lembu

ikan josh

or jerung

dan burung ak ak ak *bunyi sambil mengepak.


dan,

''do not belive in everything you 'listen' or heard or see or read because i'm tired of people spreading lies.''

Sunday, December 30, 2012

solat ! jangan ambil mudah..


Tatkala azan berkumandang ....

" Uhh , kejap lagi lah , Asar lambat lagi .. "

" Bukan senang nak tunggu dia ni online , chatting lu kejap .."

" Live ni ! Mana boleh miss , tunggu iklan la .. "

Anda pernah mengalami situasi2 di atas atau yang seangkatan dengannya ?
Well , nak tahu tak , sebenarnya ada cerita kalau kita lewatkan solat kita .
Kalau puasa , amalan kita direct kepada-Nya ,
tapi kalau solat , ada posmen yang bertugas untuk hantar amalan kita kepada-Nya .

Kisahnya ..?

Setiap seorang daripada kita ada malaikat yang akan hantar amalan solat kita kepada Allah .

Untuk membolehkan amalan kita tu sampai ke destinasinya mestilah melalui tol-toldi setiap lapisan langit di mana setiap penjaga tol terdiri daripada kroni malaikat jugak .

Kalau solat pada awal waktu ,
tol nya FREE .
NO sekatan tol . NO 'jam'2 .
Malaikat dengan mudah sampaikan amalan kita tu kepada Allah untuk dinilai .

Kalau solat di akhir waktu pun tol FREE jugak , 
But wait ! Ada sekatan , sekatannya pun masya-Allah !

Di langit pertama ,
penjaga tol marahkan posmen kita kenapa lewat pos kan amalan kita .
Merayu-rayu si posmen , minta diberi laluan .
Meskipun begitu , penjaga tol langsung tak kisah
 lalu dicampakkan amalan lewat solat tadi di bumi .
 *Dushhh !
Maka jatuh berderai .

Dikutip semula oleh malaikat posmen kita tadi tu , 
satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk ke lapisan langit kedua .

Di langit kedua , samalah juga .
Bebelan berterusan kerana lewat hantar amalan .
Rayuan si posmen tidak dipedulinya .
Lalu dilemparkan amalan lewat solat kita tadi buat kali kedua .
Jatuh berderai lagi ...

Satu persatu amalan kita dikutip lgi , dirayu lagi untuk diserahkan kepada Allah .

Di langit ketiga pula ?

Uhhh , kena 'basuh' lagi malaikat posmen kita , si penjaga amanah .
" Kenapa lewat hantar amalan ?!"
Sepi . Tiada kompromi .

Terus dibaling amalan kita dan berderailah ia buat kesekian kalinya .
Jatuh berderai tiada nilai .

Dan selepas itu apa ?
Si posmen mengutip kembali dan merayu lagi ?

No !
Tiada lagi kutipan , tiada lagi rayuan .

Maka , sampailah amalan kita kepada Allah , 
seolah-olah kita tak solat , kerana amalan itu sudah tidak ada nilainya lagi .

Bersediakah wahai diri ?
Menerima pembalasan daripada Rabbi ?
Tak di dunia , di akhirat menanti dan itu pasti !

Hilang duit , hati risau .
Cinta tak berbalas , hati hiba .
Exam tak skor , hati gundah gulana .
Ujian bertimpa-timpa .

Berbaloi ke kita buat amalan selama ni ,
tapi tak sampai ?
Dah lah tak sampai , tak berniai pulak .
Tak cukup dengan tu , azab menanti kat sana nanti .



Astaghfirullah ! Astaghfirullah !! Astaghfirullah !!!

AllahuRabbi , ampunkan kami .
Kami lalai , kami lupa , kami alpa .
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang .
Tetapkan hati-hati kami untuk segera menyahut panggilan-Mu .

Solat tu tiang agama .
Jangan ambil mudah , aci main pandang sipi sipi je .
Bagaimana sesuatu yang lebih besar akan megah berdiri 
jika tiang yang menyokongnya rapuh , retak menanti hari ?
* ini pun belum masuk bab solat berjemaah , panjang pulak kena syarah nanti :)

Kalau anda semua berpeluang ke Tanah Suci Makkah or negara2 arab (UAE)
Dubai ke Abu Dhabi ke Qatar ke tak kisah lah ,
anda akan saksikan macam mana secara auto muslim kat sana tak kira lah tengah buat apa , bila azan berkumandang , depa akan tinggal macam tu ja benda yang depa duk buat .
Yang tengah duk bukak kedai tu tinggal kedai macam tu je ha ,
tak ada pulak kes curi .
Teka , kenapa ? *keningkening*

* Renung diri , islah nafsi *

# baca blog orang ni dah solat ke belum ?

copy from: rumizah zakiah 

Ben 10

in the name of Allah.


dari aku kecik aku teruja tengok katun Ben10. bila aku tengok cerita ni, aku rasa macam 'kenapa aku takda jam macam dia? tekan-tekan boleh jadi raksasa. for sure la kalau aku gadoh dengan kakak aku, aku menang'.

   

dulu, time budak-budak bila aku tengok cerita ni. mesti ada yang gatal tangan pegi tukar channel lain. sumpah geram dengan sakit hati. apa lagi, mau tak bertumbuk aku dengan adik-adik aku depan tv. last2 abah ambik kad astro. apa lagi, masing-masing blah la dari tempat pergaduhan. dalam hati aku berasap gila. cerita tu lagi 15 minit je kot. satu hari takleh tengok tv sebab abah bawak kad tu pegi mana ntah. and aku harap time tu abah tak tukar kad astro dengan kad atm time cucuk duit kat bank. maklumlah, banyak sangat kad. tambah-tambah kad astro hasil rampasan perang aku adik beradik. 

dulu la. sekarang aku dah insaf. jarang sangat dah aku tengok ben10 semenjak aku bergelar pelajar sekolah menengah. al maklumlah,educated people doest watch cartoon.

*berrr, dok cakap besaq baq hang.. padahai dok layan barbie

err, okay. -.-

time

if i can turn back time.

i wish i can do it.