Don't cry because it's over, smile because it happened- Dr. Seuss| The Messenger of Allah SAW said: "Shall I not tell you the most in goodness of your deeds, the nicest to Your Owner, the highest in your ranks, better for you than spending gold and silver, and better for you than meeting your enemy whereupon you strike their necks and they strike your necks?" They said "Yes O' Messenger of Allah." He said: "Remembrance of Allah."| hayya a'lal fallah |Narrated Abdullah bin Umar: Allah's Apostle said, "It is not permissible for any Muslim who has something to will to stay for two nights without having his last will and testament written and kept ready with him."|

Monday, October 27, 2014

love letter to Allah.

andai benar dia sudah ingin berkahwin,

demi Allah aku relakan.

teringat pesanan kakak usrah, juga murobbiah. 

"andai hatimu sudah mula jatuh cinta, sedarkah kamu bahawa kamu sedang merasai kelazatan dosa yang sementara. ingatlah lamanya api neraka yang akan meratah tubuhmu di sana. Andai hatimu mula merasa bosan untuk melakukan amal kebaikan yang seketika, ingatlah nikmat syurga yang akan melayani mu di sana kelak.. "

sesungguhnya Allah itu amat besar kuasanya.

tidak terbayang dek fikiran kita yang lemah.

andai ini bayaran yang harus diberikan untuk syurgamu, hati ini gembira. ujilah hambamu ini agar sentiasa berpaut padamu. 

mungkin Allah lenyapkan perasaan ini untuk jauhkan diri dari dosa. 

sesungguhnya, Dia sebaik-baik perancang. 

tugas aku hanyalah berlapang dada.

terima kasih juga pertemukan aku dengan taman syurga.

indah. seindah bumi bertuah ini.

sungguh, akan aku cuba untuk mempelajari hadis dan tafsir. 

juga memperelokkan bacaan ayat suci. juga menjadi seorang hafizah.

aku hanya ingin sibukkan diri ini.

agar fikiran ini hanya untuk Dia.

Dia yang berhak atas segala nikmat.

moga ini yang terbaik untuk engkau.

juga aku.







Thursday, October 16, 2014

terima kasih ya Allah.

benar, hati ini terlalu merindui hamba mu itu ya Allah.

benar, hati ini sentiasa berdoa kepada mu ya Allah.

kerna, perasaan ini hanya engkau sahaja yang mengerti.

yang tahu menghilangkan dan mengembalikan perasaan itu.

terima kasih ya Allah.

kerna, engkau telah menjaga hati ini dengan sebaik-baik perasaan. 

sebaik-baik iman.

sebaik-baik akhlak.

ketahuilah, 

dirimu wahai hamba Allah yang dirindu.

perjuangan itu memerlukan pengorbanan.

dan pengorbanan itu kelak dibayar oleh kejayaan.

benar,

bagimu ini amat perit.

tapi kelak engkau akan tersenyum apabila sudah berada di puncak.

aku tersenyum.

saat engkau mengadu masalah tentang dirimu.

bukan gembira kerana engkau masih mengingatiku.

bukan.

gembira kerana aku bisa memberimu semangat ketika engkau tersungkur.

gembira kerana aku bisa mencetusan hamasah untuk menjadi seorang yang kental.

gembira kerana dapat mengingatkan engkau tentang pencipta kita. 

Allah, menitis air mata ini.

sesungguhnya, aku yakin dan percaya.

engkau tidak akan pernah patah semangat.

kerna engkau sudah buktikan suatu ketika dahulu.

doaku sentiasa mengiringi mu. 

moga Allah sentiasa merahmati kamu. 

luahan pena tak berdakwat, 16/10/2014 4:17pm





Sunday, October 12, 2014

nasib badan

penat benar badan.
meminta untuk dimanja.

ini pengorbanan.
yang harus dibayar oleh kejayaan.

sabar ya badan..
sekejap sahaja.

nanti bila kita sudah menang,
saya manjakan awak.


Friday, October 3, 2014

kerna mereka tidak tahu apa itu "susah".

*bukan karya buah minda akal sendiri*

kopi dan pasta sahaja. maaf, akal tak sekreatif dulu. mungkin belum diizinkan lagi idea muncul. :)

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.

Kita bising minyak naik sebab janji tak serupa bikin
.
Kalian boleh berbicara indah persis pujangga metropolis.
Hanya 20 sen itu pun nak bising.
Kerja lah lebih kuat lagi.
Beribadat lebih lagi untuk dimurahkan rezeki.
Sembang kalian sembang yang berharta.


Ada
Si Ayah dari paginya hingga petangnya berada di tengah lautan entah datang entah tak datang si ikan-ikan.

Ada
Si ibu dari paginya hingga petangnya berada di pasar entah ada entah tiada pelanggan datang untuk membeli kuih-muih dari si miskin.

Ada
Si Abang dari paginya hingga petangnya berada di kampus entah ada entah tiada wang belanja untuk makannya.

Ada
Si Kakak dari paginya hingga petangnya ke hulu ke hilir membawa sijil hasil upsr dan pmr entah ada entah tiada majikan yang memandangnya.

Ada
Si Adik dari paginya hingga petangnya hanya dpt mengisi perut dengan nasi berlaukkan kicap entah kenyang atau tak kenyang.

Kau tidak akan faham apa erti 'susah'
Jika kau tidak pernah alami itu 'susah'

Kata seseorang, letaklah harga minyak dan barang tinggi manapun. Saya jamin tidak akan ada kemajuan sehingga menjelang tahun 2020.

Namun andai hak Allah diletakkan di depan, letaklah harga minyak paling rendah sekalipun negara pasti akan bertambah maju. Apa kau lupa Yang Maha Kaya itu ialah Allah ?

Hebat !

TERIMA KASIH MALAYSIA :)