benar, hati ini terlalu merindui hamba mu itu ya Allah.
benar, hati ini sentiasa berdoa kepada mu ya Allah.
kerna, perasaan ini hanya engkau sahaja yang mengerti.
yang tahu menghilangkan dan mengembalikan perasaan itu.
terima kasih ya Allah.
kerna, engkau telah menjaga hati ini dengan sebaik-baik perasaan.
sebaik-baik iman.
sebaik-baik akhlak.
ketahuilah,
dirimu wahai hamba Allah yang dirindu.
perjuangan itu memerlukan pengorbanan.
dan pengorbanan itu kelak dibayar oleh kejayaan.
benar,
bagimu ini amat perit.
tapi kelak engkau akan tersenyum apabila sudah berada di puncak.
aku tersenyum.
saat engkau mengadu masalah tentang dirimu.
bukan gembira kerana engkau masih mengingatiku.
bukan.
gembira kerana aku bisa memberimu semangat ketika engkau tersungkur.
gembira kerana aku bisa mencetusan hamasah untuk menjadi seorang yang kental.
gembira kerana dapat mengingatkan engkau tentang pencipta kita.
Allah, menitis air mata ini.
sesungguhnya, aku yakin dan percaya.
engkau tidak akan pernah patah semangat.
kerna engkau sudah buktikan suatu ketika dahulu.
doaku sentiasa mengiringi mu.
moga Allah sentiasa merahmati kamu.
luahan pena tak berdakwat, 16/10/2014 4:17pm
No comments:
Post a Comment
Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D