*bukan karya buah minda akal sendiri*
kopi dan pasta sahaja. maaf, akal tak sekreatif dulu. mungkin belum diizinkan lagi idea muncul. :)
Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik sebab janji tak serupa bikin
.
Kalian boleh berbicara indah persis pujangga metropolis.
Hanya 20 sen itu pun nak bising.
Kerja lah lebih kuat lagi.
Beribadat lebih lagi untuk dimurahkan rezeki.
Sembang kalian sembang yang berharta.
Ada
Si Ayah dari paginya hingga petangnya berada di tengah lautan entah datang entah tak datang si ikan-ikan.
Ada
Si ibu dari paginya hingga petangnya berada di pasar entah ada entah
tiada pelanggan datang untuk membeli kuih-muih dari si miskin.
Ada
Si Abang dari paginya hingga petangnya berada di kampus entah ada entah tiada wang belanja untuk makannya.
Ada
Si Kakak dari paginya hingga petangnya ke hulu ke hilir membawa sijil
hasil upsr dan pmr entah ada entah tiada majikan yang memandangnya.
Ada
Si Adik dari paginya hingga petangnya hanya dpt mengisi perut dengan nasi berlaukkan kicap entah kenyang atau tak kenyang.
Kau tidak akan faham apa erti 'susah'
Jika kau tidak pernah alami itu 'susah'
Kata seseorang, letaklah harga minyak dan barang tinggi manapun. Saya
jamin tidak akan ada kemajuan sehingga menjelang tahun 2020.
Namun
andai hak Allah diletakkan di depan, letaklah harga minyak paling rendah
sekalipun negara pasti akan bertambah maju. Apa kau lupa Yang Maha Kaya
itu ialah Allah ?
Hebat !
TERIMA KASIH MALAYSIA :)
No comments:
Post a Comment
Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D