andai benar dia sudah ingin berkahwin,
demi Allah aku relakan.
teringat pesanan kakak usrah, juga murobbiah.
"andai hatimu sudah mula jatuh cinta, sedarkah kamu bahawa kamu sedang merasai kelazatan dosa yang sementara. ingatlah lamanya api neraka yang akan meratah tubuhmu di sana. Andai hatimu mula merasa bosan untuk melakukan amal kebaikan yang seketika, ingatlah nikmat syurga yang akan melayani mu di sana kelak.. "
sesungguhnya Allah itu amat besar kuasanya.
tidak terbayang dek fikiran kita yang lemah.
andai ini bayaran yang harus diberikan untuk syurgamu, hati ini gembira. ujilah hambamu ini agar sentiasa berpaut padamu.
mungkin Allah lenyapkan perasaan ini untuk jauhkan diri dari dosa.
sesungguhnya, Dia sebaik-baik perancang.
tugas aku hanyalah berlapang dada.
terima kasih juga pertemukan aku dengan taman syurga.
indah. seindah bumi bertuah ini.
sungguh, akan aku cuba untuk mempelajari hadis dan tafsir.
juga memperelokkan bacaan ayat suci. juga menjadi seorang hafizah.
aku hanya ingin sibukkan diri ini.
agar fikiran ini hanya untuk Dia.
Dia yang berhak atas segala nikmat.
moga ini yang terbaik untuk engkau.
juga aku.
No comments:
Post a Comment
Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D