Don't cry because it's over, smile because it happened- Dr. Seuss| The Messenger of Allah SAW said: "Shall I not tell you the most in goodness of your deeds, the nicest to Your Owner, the highest in your ranks, better for you than spending gold and silver, and better for you than meeting your enemy whereupon you strike their necks and they strike your necks?" They said "Yes O' Messenger of Allah." He said: "Remembrance of Allah."| hayya a'lal fallah |Narrated Abdullah bin Umar: Allah's Apostle said, "It is not permissible for any Muslim who has something to will to stay for two nights without having his last will and testament written and kept ready with him."|

Tuesday, July 15, 2014

AYYASH.



''hang rasa result hang elok ka yash? '' pertanyaan tersebut membuatkan aku tersentak.

''abis tu syah.. kalau hang rasa result hang tak elok hang nak bunuh diri ka?''

aku membalas.

sukar untuk aku ceritakan. Dirasakan tidak logik jika result aku hanya sekadar cukup-cukup makan. Mana pernah aku hampakan mak abah.

''yash.. hang nak jadi apa nanti..? '' sekali lagi Aisyah bertanya.

'' Al-Muhandisah..''

Pendek jawapan aku.

Masing-masing sepi merenung langit. Mungkin memikirkan masa depan.

''yash..Hang rasa kita hebat tak ? '' tanya Aisyah.

Pertanyaan Aisyah tidak aku layan.

Manusia. Hebat?  Aku biarkan persoalan itu.

                                                  *********


''AYYASHH!'' jerit Aisyah.

Tersembur air kopi.

''hang nih. tersedak aku.'' marah aku sambil lap kembali air yang tumpah.

''yash.. hang kena tengok ni..'' 

teruja betul Aisyah menunjukkan slip keputusannya kepada aku. Walhal aku sudah pun melihat keputusannya di internet.

''hang tengok nih, semua aku sapu A. B semua aku bagi dekat oqang. C aku amik balik. haha.''

9A2C. Hebat bukan. Aisyah. Gadis kampung. Mak dan ayahnya hanya seorang penoreh getah. Dibesarkan dalam keluarga yang besar. Belajar dari kesusahan dan usaha yang sangat tinggi. Hanya berharap kepada bantuan kerajaan dan biasiswa sahaja. Tiada tuisyen. 

tidak seperti diriku. Mudah segala-galanya. Nak duit. Minta saja pada mak atau abah. Pasti diberi.

wujud rasa kagum pada ketika itu.

''yash.. terima kasih.. hang sahabat aku dunia akhirat..''

aku terdiam. Air mata aku seolah-olah mahu menitis. Terharu kerana ukhwah yang terbina itu terlalu manis. Semanis madu. 

Gembira melihat kejayaan orang. Gembira juga kerana Allah memberikan nikmat untuk merasai kejayaan yang cemerlang.

Alhamdulillah. Alhamdulillah YA ALLAH.


*****

bersambung. 







No comments:

Post a Comment

Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D