Don't cry because it's over, smile because it happened- Dr. Seuss| The Messenger of Allah SAW said: "Shall I not tell you the most in goodness of your deeds, the nicest to Your Owner, the highest in your ranks, better for you than spending gold and silver, and better for you than meeting your enemy whereupon you strike their necks and they strike your necks?" They said "Yes O' Messenger of Allah." He said: "Remembrance of Allah."| hayya a'lal fallah |Narrated Abdullah bin Umar: Allah's Apostle said, "It is not permissible for any Muslim who has something to will to stay for two nights without having his last will and testament written and kept ready with him."|

Saturday, July 26, 2014

open your heart. nikmat apa yang sering kamu dustakan?

bismillahirahmanirrahim.

cerita Ayyash yang tergantung kerana dek kekurangan idea. bercampur dengan masalah sekeliling yang meminta diri ini memberikan perhatian.

lemas. lemas dalam kekalutan.

*tarik nafas. hembus

rasa macam nak mentadabbur satu ayat. ayat-ayat cinta dari kekasih hati.

JOM. ^^

okey anak-anak.. mukasurat 284. surah Al-israk. ayat ke 23.

"dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain daripada Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ''ah'' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia '' 

harap menjadi seperti di atas. *winkwink

menghormati ibu bapa.

selama saya berada di hospital. dan selama saya menjadi gadis besi dan robot. saya sedar satu perkara yang selama ini saya tak sedar. rahmat Allah memberikan saya nikmat seorang ibu dan abah yang sangat-sangat memahami kehendak diri.

mengapa saya berkata demikian.

saya melihat seorang abah yang sangat risau tentang keselamatan anaknya. saya melihat seorang emak yang cuba menyembunyikan kerisauan hati. saya melihat pengorbanan duit yang ibarat air yang sangat laju dan deras keluar demi untuk melihat saya sihat.

apakah nikmat yang sering saya dustakan?

inilah nikmat yang saya dustakan. nikmat tidak menghargai kasih sayang. saya bukanlah seorang gadis yang menurut kata. saya cepat melawan. pantang dicabar. mahu saja menjadi seorang superheroin. selalu sahaja menegeluarkan statement tak cukup masak, berasa diri cukup besar. hingga kadang-kadang lupa siapa yang mengajar diri untuk menjadi insan berguna.

itu saya. kematangan diri yang mungkin tidak dicapai waktu ketika itu. perangai yang sangat hazabedah.

melihat kepada pengorbanan yang mereka lakukan. membuatkan hati ini menjadi lebih baik.

baik lahh sangat.

sungguh. saya menjadi seorang yang lebih memendam perasaan. dan lebih suka untuk tersenyum sendirian.  apabila dihentam atau dimarah saya hanya simpan. kematangan apa yang cuba dicapai, saya pun tak faham. mungkin kerana tak sampai hati nak sakitkan hati mereka atau saya rasa mungkin pengorbanan mereka terlalu besar.

saya cuba highlightkan apa yang perlu. 

sudah sampai masanya untuk saya berubah. berusaha untuk membawa mereka ke jannah yang abadi. hadiah untuk mereka kerana terlalu menyayangi anak yang sangat degil. buas. yang suka memberontak.

terima kasih kerana menjadi terlalu istimewa dalam hati kakngah. terima kasih abah sebab jaga kakngah dekat ward walaupun kakngah tahu abah tak sanggup tengok darah. mak yang always support me from behind. takpernah cakap anak dia lemah.

tak termasuk bila anak mak buat perangai waktu doktor bagi morphine yang macam apa lagi bila kena dadah. nak air vitagen yang macam tak logik sebab time tu pukul 1 pagi. yang selalu merengek. yang selalu menangis sebab doktor asyik cabut and pasang jarum dekat tangan. yang suka bergaduh dengan doktor sebab perangai hazabedah yang tak boleh belah menebal dalam diri.

akhirrulkalam. tak ada orang yang sanggup berkorban macam mak dan abah. tak ada orang yang sanggup buat apa sahaja macam mak dan abah buat. hargai mereka. dan walaupun selepas saya bukan lagi menjadi tanggungjawab mereka.. mereka tetap insan yang pertama.

ouch. 

No comments:

Post a Comment

Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D