bismillah walhamdulillah.
sungguh aku kongfius. kongfius dengan perasaan aku sendiri.
benarkah cara aku mentafsir dunia.
atau hanya sekadar melihat pada pandangan kasar.
--------------------------
aku melihat seorang ibu yang sakit. tiada anak yang menjaga.
sudah pasti aku menyalahi si anak.
kerana tidak menjaga ibu yang sedang sakit.
namun, aku terlupa bahawa si anak turut mempunya tugas.
tugas kepada keluarga yang kematian suami.
si ibu terbiar.
si anak keletihan menunaikan tanggungjawab.
----------------------
cerita kedua.
mak bercerita perihal anak muridnya.
sudahnya diajar berkali-kali, masih lagi tidak mampu faham.
mak pasrah. katanya mungkin salahnya.
atau, anak murid yang kurang usahanya?
---------------------
sungguh. ajar aku cara melihat dunia. kerna, aku tak mahu kejam mentafsir hidup.
No comments:
Post a Comment
Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D