Don't cry because it's over, smile because it happened- Dr. Seuss| The Messenger of Allah SAW said: "Shall I not tell you the most in goodness of your deeds, the nicest to Your Owner, the highest in your ranks, better for you than spending gold and silver, and better for you than meeting your enemy whereupon you strike their necks and they strike your necks?" They said "Yes O' Messenger of Allah." He said: "Remembrance of Allah."| hayya a'lal fallah |Narrated Abdullah bin Umar: Allah's Apostle said, "It is not permissible for any Muslim who has something to will to stay for two nights without having his last will and testament written and kept ready with him."|

Thursday, August 21, 2014

awak dah kahfi?

selalu kakak-kakak usrah ingatkan suruh bace kahfi. walhal diri sendiri pun susah jugak nak istiqamahkan bacaan.

*nangis.

hakikat manusia. benda yang baik itulah malas nak buat. tambah pulak tak nampak balasan kan.

kenapa kita kena baca surah Al-Kahfi eah?

kalau awak awak nak tahu, kahfi ni boleh elakkan kita dari fitnah Dajjal.

tapi dalam surah ni takde pong sebut pasal dajjal.

okeyokey. gini kisahnye.

ada empat kisah besar dalam surah ni.

first, ashabul kahfi.
kedua, pemilik dua taman.
ketiga, kisah nabi musa dan nabi khiddir.
last, kisah iskandar dzulkarnain.

 

dan dalam kisah-kisah ni, kita HIGHLIGHT kan fitnah yakni ujian yang tersendiri.

kisah pertama, ashabulkahfi. (fitnah iman)
 Ujian bila manusia berada dalam satu masyarakat yang anggotanya tidak mahu mentauhidkan Allah, pencipta langit dan bumi, apakah mereka akan mengikut masyarakat yang berpaling daripada Allah? Atau mempertahankan akidah mereka?

kisah kedua, pemilik dua taman (fitnah harta)
Ujian bila manusia dikurniakan dgn harta duniawi, apakah hati mereka akan menjadi gelap daripada mengingati Allah dan kehidupan ukhrawi? Atau menyalurkan harta mereka demi Allah dan agamaNya?

kisah ketiga, nabi musa dan nabi khiddir. (fitnah ilmu)
 Ujian bila manusia dikurniakan ilmu atau pengetahuan mengenai sesuatu, apakah dia mengira bahawa tiada yang lebih mengetahui melainkan dia? Ataukah dia memahami bahawa sesungguhnya tiada yang lebih mengetahui melainkan Allah?

dan lastly, kisah iskandar dzulkarnain. (fitnah kuasa)
Ujian bila manusia diberikan kuasa (pemimpin), apakah dia mengira dia boleh melakukan sesuka hati di muka bumi Allah? Ataukah dia menjadi pemimpin yang menggunakan kuasanya ke arah membantu agama Allah?


dan saya pasti dan yakin pasti kamu tanya apa kaitannya kan?

datangnya Dajjal, membawa fitnah yang amat besar untuk ummat manusia. meliputi keseluruhan fitnah diatas. (harta,ilmu,kuasa,iman)

Allah pesan awal-awal dekat kita. untuk kita prepare. untuk kita tahu kelemahan diri kita. fitnah dajjal adalah fitnah yang amat hebat. bukan sekadar membawa syurga neraka. bukan sekadar kita lapar dan dahaga, bukan juga menghidupkan insan yang sudah mati. 

bahkan yang tersembunyi seperti di atas.

jadi awak. esok kahfi ye. :)
 

No comments:

Post a Comment

Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D