aku mengalami zaman kejatuhan. zaman kejatuhan yang amat hebat. sampai aku tak mampu nak bercakap apa-apa.
sampai aku menangis. menangis yang aku tak tahu nak cakap camne. yang mata memang bengkak. sebab kecewa dengan diri sendiri.
mungkin semua orang ingat aku student yang excellent. tapi orang tak pernah nampak aku trying harder untuk jadi sehebat kembar aku. aku menangis bila ada orang bandingkan aku. sebab aku kadang-kadang tak capai target. biasalah. aku ni jenis banyak main. banyak lagha nye. tapi bila waktu fokus, aku fokus. main-main aku ni takyah cakap. kreatif terlebih kreatif. sampai mak abah pun macam tak larat nak layan. sebab banyak sangat putaq belit.
keputusan spm aku. 2A je. aku tak cakap aku bangga. tapi keputusan tu la yang orang sering sebut. sebab result kembar aku straight's A. 2A yang 9 lagi subject B dan B+. apa kau rasa pada saat dan ketika tu?
kau rasa down? ya, pada ketika tu, aku tersangat down. aku rasa macam tak mampu nak jejak kaki dekat matrik/universiti.
sampai satu saat, kau rasa lost. sebab desakan family yang sangat tinggi. plus, desakan makcik, pakcik serta orang-orang luar yang anggap kau tak mampu nak carry subject cenggitu even diorang tak sedar yang anak diorang yang spm pun menuntut dengan aku sekarang.
cuma, masa tu aku tak nampak peluang. aku tak nampak kekuatan yang aku cuba cari. aku tak nampak ruang dan peluang.
sekarang. aku rasa aku perlu terima kasih dengan kegagalan yang aku tempuh. sebab aku jadi orang yang sangat kuat. aku jadi orang yang berani. aku jadi orang yang tak mudah mengalah. dan pada saat ni, aku patut sedar dari dulu. puaskan hati orang tak bermakna hati aku turut puas.
aku tak beri peluang untuk diri aku explore. yang aku tahu jadi macam kakak. kesilapan yang aku buat.
Allah berikan kegagalan untuk aku, pada usia yang sangat muda. untuk aku belajar, untuk aku sedar, untuk aku terus bangun dan menjadi manusia hebat. bukan mengeluh dan terus mengalah. untuk aku hiraukan segala dugaan kecil mencari kejayaan yang besar.
dia juga pernah mengalami kegagalan seperti aku.
aku juga berhak untuk jadi seperti dia. :)
No comments:
Post a Comment
Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D