Bismillahirrahmanirahim.
terasa keperluan dalam memberi semangat untuk semua orang. termasuk diri sendiri. ehekss.
kau stalk dia eh?
kau suka dia ek?
ha, kau tengok ape tuh, sah. kau usyar dia eh?
lumrah. kehidupan remaja sememangnya begitu. sama ada perbuatan tu orang perasan atau tak. menimbulkan perasaan yang kadang-kadang kita tak jujur pada diri sendiri. kita lebihkan cinta manusia daripada cinta kepada pencipta. kejam betul diri kita.
*nangis.
memandangkan ada sahabat meminta diri untuk menulis. special request mengenai tajuk ini. haha. i'm trying to give my best.
saya letakkan diri saya dalam dua kategori bila berada dalam masalah ini. pertama, suka atas dasar apa. kedua, adakah ini sekadar infatuation (kegilaan).
Jatuh cinta kepada lawan jenis, dari segi jatuh cinta itu sendiri
bukanlah aib dan juga bukan dosa. Jatuh cinta adalah hal yang manusiawi
dan menjadi naluri yang ada secara alamiah pada setiap manusia normal. cuma, adakah perasaan itu benar-benar suka. atau tipu cuma?
first, suka atas dasar apa? hanya untuk cakap aku dah ade gf/bf? atau buat isi kekosongan hati. buat sembang malam-malam? tanya balik diri sendiri. kalau rasa sekadar nak suka-suka tu tak payah kot. sebab nanti diri sendiri jugak kecewa. lagi satu, dalam islam takdenye istilah kaplekaple nih. kalau kecintaan awak, awak letakkan Allah nombor satu, saya yakin dan percaya awak takkan tertipu dengan perasaan cheenta yang sementara ni. bahkan, awak akan cuba untuk tafsirkan perasaan ni dengan cara yang halal right?
bak kata kakak usrah "adik nak ke Allah tak redha dengan adik selama adik kaple? lepastu tetiba adik habis umur, adik tak rase nyesal ke? "
sentap adikk.
second, sekadar infatuation? yang ni lagi bagus kalau diri sendiri tahu dan rasa dia bukannya letak 100% harapan dekat orang. dan mungkin perasaan tak serius akan menebal bila diri dah sedar benda tu sekadar kegilaan dan takde cita-cita pun nak bina masjid.
ceh.. bina masjid. *gelak guling-guling
dan bagaimana kalau hati benar-benar serius walhal umur baru 19?
*teringat kene hentam teruk haritu dengan someone sampai sekarang rase nak tercabut jantung
bak kate cikgu saya "hati ni milik Allah, Allah yang menggerakkan hati manusia. banyakkan berdoa. kita tak tahu apa yang Allah rancang."
simple, ringkas dan padat. kuncinye doa. Allah takkan biarkan tangan hamba yang meminta tu kosong. at least, mungkin kita rasa tak terbeban dengan perasaan tu.
seandainya tak ada jodoh dengan lelaki yang kita suka tu..terimalah hati dengan ikhlas dan "set mind" siap-siap..
"InsyaAllah ada lelaki yang lebih baik darinya untuk aku dan
sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah swt."
cuma, jangan sampai perasaan cinta yang fitrah tu bertukar jadi fitnah sebab perbuatan kita. ingat benda ni sampai mati. dan kalau nak gatai jugak tulis besar-besar dekat dinding atau atas dahi sendiri "ingat Allah. hang tu esok dah nak mati. pikiaq hat ni dulu.."
wallahua'lam.
*entry paling gatai penah saya tulis
No comments:
Post a Comment
Sila masukkan nama anda. Terima Kasih daun kari. :D